Judul : Gesaan Shazni adalah pendapat peribadi - Amanah
link : Gesaan Shazni adalah pendapat peribadi - Amanah
Gesaan Shazni adalah pendapat peribadi - Amanah
Oleh Farhain Mazlan
SHAH ALAM: Amanah menyifatkan gesaan seorang pemimpinnya agar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali melakukan rombakan dalam pentadbiran negeri ekoran kemelut antara PKR dan PAS, sebagai pendapat peribadi.
Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, kenyataan Naib Ketua Pemuda parti itu Shazni Munir Mohd Ithnin adalah berdasarkan idealisma 'orang muda'.
"Anak muda adalah seorang yang memiliki idealisma yang tinggi jadi biarlah anak-muda nak keluarkan pandangan, kita kena hormat.
"Anak muda adalah masa depan kita, orang muda selalunya buat kenyataan berdasarkan kepada idealisma mereka, jadi, tidak perlu nak komen pandangan dia (Shazni)" katanya ketika dihubungi oleh Antarapos.
Tambah Anuar, tidak wajar kenyataan Shazni dikecam kerana ia sekadar satu pendapat.
"Ini soal prinsipal, jadi kita berilah peluang kepada anak-anak muda beri pendapat, takkanlah kita nak serang dia kerana dia keluarkan satu pendapat," katanya.
Kelmarin, Shazni mendesak Azmin supaya membuat pilihan sama ada mahu terus 'bersangka baik' terhadap PAS atau melakukan rombakan pentadbiran negeri.
Kenyataan itu dibidas Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi yang meminta mana-mana pihak "bermimpi" untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan PAS boleh berhenti berangan.
Dalam pada masa yang sama, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man juga menyifatkan Amanah sebagai parti yang tidak tahu malu kerana 'tidak sedar' akan kedudukan mereka.
Demikianlah Artikel Gesaan Shazni adalah pendapat peribadi - Amanah
Sekianlah artikel Gesaan Shazni adalah pendapat peribadi - Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gesaan Shazni adalah pendapat peribadi - Amanah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/gesaan-shazni-adalah-pendapat-peribadi.html