Judul : PH masih tunggu PAS, kata Saifuddin
link : PH masih tunggu PAS, kata Saifuddin
PH masih tunggu PAS, kata Saifuddin
Oleh Athirah Hanapiah
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) masih menunggu keputusan PAS untuk bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
Menurut Ketua Setiausaha Sektretariatnya, Datuk Saifuddin Abdullah, PH tidak akan membuat sebarang keputusan berhubung kerjasama PAS dengan PKR sehingga ia dimuktamadkan Majlis Syura Ulama parti itu.
"PH bukan sebuah parti yang teruk, jadi kita masih kena menunggu PAS sebab PAS masih belum memuktamadkan apakah keputusan mereka," katanya dalam sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) di sini hari ini.
Malah Saifuddin menambah, PH sentiasa terbuka untuk bekerjasama dan berbincang dengan mana-mana parti pembangkang lain.
“Kami sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana parti pembangkang lain termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya lagi.
Sebelum ini, Muktamar PAS Pusat menerima usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR selepas parti itu dilihat mengkhianati perjanjian kerjasama antara dua parti berkenaan.
Walau bagaimanapun, usul itu masih belum dimuktamadkan dan masih menunggu keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang dijangka bakal bermesyuarat dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, PH turut mengumumkan menerima 317 penyertaan cadangan rekaan logo mereka daripada orang ramai.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, cadangan itu akan diteliti sebelum satu keputusan diumumkan kemudian.
“Jadi bagi kami ini adalah satu perkara yang cukup memberangsangkan dan merupakan satu sokongan moral terhadap PH yang dinyatakan secara terang oleh orang ramai.
“Selepas ini proses deliberasi (perbincangan) dalaman akan berlaku dan dalam masa beberapa hari kami akan membuat pengumuman tentang proses berikutnya," katanya.
Sebelum ini, PH telah menyenarai pendek tiga rekaan, namun ia mengundang kritikan netizen yang menyifatkan ketiga-tiganya 'buruk' dan tidak profesional.
Ekoran daripada kecaman tersebut, PH telah mempelawa orang ramai untuk menyumbang idea mereka logo bagi parti itu dengan menggariskan empat panduan rekaan.
Logo itu bakal dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagai persediaan untuk menghadapi PRU14.
Sebelum ini, parti-parti dalam gabungan pembangkang menggunakan logo parti masing-masing semasa menyertai pilihan raya.
Demikianlah Artikel PH masih tunggu PAS, kata Saifuddin
Sekianlah artikel PH masih tunggu PAS, kata Saifuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PH masih tunggu PAS, kata Saifuddin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/ph-masih-tunggu-pas-kata-saifuddin.html