Jenayah Berlaku Di Depan Mata Najib, Mengapa Tiada Tindakan?

Jenayah Berlaku Di Depan Mata Najib, Mengapa Tiada Tindakan? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jenayah Berlaku Di Depan Mata Najib, Mengapa Tiada Tindakan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jenayah Berlaku Di Depan Mata Najib, Mengapa Tiada Tindakan?
link : Jenayah Berlaku Di Depan Mata Najib, Mengapa Tiada Tindakan?

Baca juga


Jenayah Berlaku Di Depan Mata Najib, Mengapa Tiada Tindakan?

Peguam persoal Najib tidak kutuk jenayah depan mata oleh Mat Over

Peguam dan Ahli Parlimen PKR N Surendran hari ini mempersoalkan kegagalan Datuk Seri Najib Razak mengutuk kelakuan jenayah yang disaksikan olehnya ketika sesi Dialog Transformasi Nasional (TN50) di kediaman rasminya di Putrajaya malam tadi.

“Amat mengejutkan dan tidak boleh diterima yang perdana menteri Malaysia, selepas menjadi saksi dari jarak dekat jenayah berbentuk kekerasan ini, langsung tidak mengutuk atau menegur,” kata Surendran.


Beliau merujuk program Najib bersama “penggiat seni” yang dipengerusikan pelakon Datuk Rosyam Nor, yang menyaksikan pengarah filem Datuk David Teo tampil mempersoalkan Rosyam yang tidak memberikan peluang kepada mereka yang berada di barisan belakang mengajukan soalan.

Bagaimanapun, selepas dibenarkan meneruskan soalan kepada Najib, pelakon Sulaiman Yassin yang dikenali dengan panggilan “Mat Over” tiba-tiba meluru dan menampar Teo, menyebabkan pergelutan sehingga memaksa pasukan keselamatan meleraikan keadaan.

Walaupun kedua-dua mereka kembali ke pentas di akhir sesi dan bermaafan, Mat Over berkata beliau tidak menyesali perbuatannya, malah berkata ia perlu supaya mengajar Teo yang menurutnya biadap terhadap Najib. Surendran berkata polis perlu menyiasat kejadian itu dan undang-undang perlu dihormati.

“Apabila sesuatu jenayah berlaku, PM atau sesiapa pun tidak berhak menyelesaikan perkara itu (di luar kerangka undang-undang),” kata Surendran.

Menurutnya, Mat Over boleh didakwa di bawah Seksyen 351 dan 321 Kanun Keseksaan atas tuduhan melakukan serangan dan sengaja menyebabkan kecederaan.

Surendran turut menyeru Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyiasat insiden itu.

“Identiti penyerang dapat disahkan dengan jelas menerusi rakaman video insiden itu.

“Walau apa pun, kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan.” -FMT



ULASAN GB

Insiden jenayah berlaku di depan mata seorang Perdana Menteri. Dan seperti yang dinyatakan oleh peguam di atas tiada tindakan diambil ke atas orang yang melakukan jenayah itu.

Apakah kerana Mat Over itu seorang ahli UMNO lantaran itu tidak ada tindakan dikenakan ke atasnya?


Keadaan mungkin berbeza jika yang menyerang itu bukan UMNO dan yang kena serang itu ialah ahli UMNO!

Kepada Ketua Polis Negara, bertindak dan berlaku adillah di dalam profesion kamu!


FEATURED ADS







Demikianlah Artikel Jenayah Berlaku Di Depan Mata Najib, Mengapa Tiada Tindakan?

Sekianlah artikel Jenayah Berlaku Di Depan Mata Najib, Mengapa Tiada Tindakan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jenayah Berlaku Di Depan Mata Najib, Mengapa Tiada Tindakan? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/jenayah-berlaku-di-depan-mata-najib.html

Subscribe to receive free email updates: