Judul : Kanak-kanak perempuan patah kaki tersepit rim motosikal
link : Kanak-kanak perempuan patah kaki tersepit rim motosikal
Kanak-kanak perempuan patah kaki tersepit rim motosikal
Dalam kejadian pada 7 pagi tadi mangsa membonceng motosikal dalam perjalanan ke sekolah sebelum kakinya tersepit.
ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun patah kaki kanan selepas tersepit pada rim motosikal yang ditunggang ibunya di Jalan Sungai Ular, Kulim, hari ini.
Dalam kejadian pada 7 pagi tadi mangsa membonceng motosikal dalam perjalanan ke sekolah sebelum kakinya tersepit.
Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohd Naim Mat Jaaffar dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 7.06 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati kaki mangsa tersepit pada bahagian rim motosikal sebelum operasi mengeluarkan kaki mangsa dilakukan.
Mangsa diserahkan kepada ambulans sebelum dihantar ke Hospital Kulim.
Sebuah jentera dengan 5 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech terlibat dalam operasi menyelamat.
Demikianlah Artikel Kanak-kanak perempuan patah kaki tersepit rim motosikal
Sekianlah artikel Kanak-kanak perempuan patah kaki tersepit rim motosikal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kanak-kanak perempuan patah kaki tersepit rim motosikal dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/kanak-kanak-perempuan-patah-kaki.html