Sabah serah laporan khas gesa Najib pulih hak negeri

Sabah serah laporan khas gesa Najib pulih hak negeri - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sabah serah laporan khas gesa Najib pulih hak negeri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sabah serah laporan khas gesa Najib pulih hak negeri
link : Sabah serah laporan khas gesa Najib pulih hak negeri

Baca juga


Sabah serah laporan khas gesa Najib pulih hak negeri

 
Chee Kang berkata, Kabinet negeri yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman juga telah mengadakan pertemuan berhubung perkara itu dengan Najib.


Teo-Chee-Kang_sabah_600

PETALING JAYA: Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Teo Chee Kang berkata satu laporan khas untuk memulihkan hak-hak negeri Sabah dan penurunan kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963 telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

The Star memetik Chee Kang berkata, Kabinet negeri yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman juga telah mengadakan pertemuan berhubung perkara itu dengan Najib.

Beliau berkata, tuntutan bagi kajian semula geran kewangan persekutuan khas, yang wajib setiap 5 tahun di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, dikemukakan kepada kerajaan persekutuan.

Beliau berkata, Musa juga telah menggesa kerajaan persekutuan memberi keutamaan kepada rakyat Sabah dalam mengisi jawatan ketua-ketua jabatan dan agensi persekutuan di negeri itu.

“Kami juga meminta kerajaan persekutuan mengkaji semula dasar kabotaj,” kata beliau.

Najib mengumumkan keputusan pengecualian dasar kabotaj ketika lawatan ke Sandakan hari ini.

Chee Kang berkata, Kabinet negeri menyentuh mengenai isu-isu pemulihan hak negeri dan penurunan kuasa.

“Ini dapat direalisasikan melalui keputusan pentadbiran tanpa meminda mana-mana undang-undang atau peruntukan Perlembagaan,” katanya yang juga Pengerusi Penyemakan Hak Negeri, yang dilantik kerajaan negeri untuk mendapatkan maklum balas mengenai hak-hak negeri dan pandangan rakyat mengenai isu itu.



Demikianlah Artikel Sabah serah laporan khas gesa Najib pulih hak negeri

Sekianlah artikel Sabah serah laporan khas gesa Najib pulih hak negeri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sabah serah laporan khas gesa Najib pulih hak negeri dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/sabah-serah-laporan-khas-gesa-najib.html

Subscribe to receive free email updates: