[KEMASKINI] Pemuda PAS sasar 60 peratus undi orang muda PRU14

[KEMASKINI] Pemuda PAS sasar 60 peratus undi orang muda PRU14 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KEMASKINI] Pemuda PAS sasar 60 peratus undi orang muda PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KEMASKINI] Pemuda PAS sasar 60 peratus undi orang muda PRU14
link : [KEMASKINI] Pemuda PAS sasar 60 peratus undi orang muda PRU14

Baca juga


[KEMASKINI] Pemuda PAS sasar 60 peratus undi orang muda PRU14

Oleh Shuhaniza Said & Ainor Rahim
Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Pemuda PAS berikrar menguasai sekurang-kurangnya 60 peratus undi orang muda pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan datang. 
 
Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang baru sahaja memegang mandat itu berkata sebagai sayap kanan parti, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) akan terus menggerakkan jentera Pemuda, sebaik sahaja Muktamar PAS kali ke-63 melabuhkan tirai, hari ini.
 
"Sehubungan itu, bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) 14 DPPM telah meletakkan satu objektif untuk menguasai sekurang-kurangnya 60 peratus undi orang muda di setiap DUN dan Parlimen yang ditandingi oleh PAS. 
 
"Kami akan memikul tugas untuk menggerakkan anak-anak muda bagi melakukan perubahan kepada negara mengikut tema ke arah mendaulatkan Islam dalam kerangka perlembagaan sedia ada," katanya dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar PAS Pusat kali ke-63, di sini hari ini.
 
Baru-baru ini Khalil diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda menggantikan Nik Abduh Nik Aziz pada pemilihan kali ini.
 
Dalam pada itu, Khalil dalam ucapan sulungnya turut berkata meskipun terbit 'suara-suara' yang memandang sinis PAS sebagai parti 'Pak Lebai' namun katanya parti itu terbukti bersih daripada kekotoran politik sekular duniawi semata-mata. 
 
"Sesungguhnya Parti Pak Lebai inilah yang telah berjaya 'melebaikan' golongan profesional dan aktivis.
 
"Parti Pak Lebai inilah yang akan menjadi benteng utama mempertahankan Islam dalam negara" tambahnya.
 
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin dilaporkan melabelkan Nik Abduh Nik Aziz sebagai 'tok lebai' yang tersungkur di kawasan sendiri.
 
Khalil juga menegaskan bahawa sayap Pemuda berdiri teguh di belakang kepimpinan ulama yang telah membuktikan kelangsungan PAS melalui pelbagai rintangan dan ujian sama ada dalaman mahupun luaran
 
 


Demikianlah Artikel [KEMASKINI] Pemuda PAS sasar 60 peratus undi orang muda PRU14

Sekianlah artikel [KEMASKINI] Pemuda PAS sasar 60 peratus undi orang muda PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KEMASKINI] Pemuda PAS sasar 60 peratus undi orang muda PRU14 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/kemaskini-pemuda-pas-sasar-60-peratus.html

Subscribe to receive free email updates: