Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok

Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok
link : Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok

Baca juga


Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok

 
Bekas ketua kampung, Mohd Yaacob Hashim berkata, tujuan mengikat kedua-dua suspek berumur belasan tahun dan awal 30-an itu untuk memberi pengajaran kepada mereka.


curi_kelapa_6004


SITIAWAN: Dua lelaki menerima padah akibat mencuri kelapa, apabila orang kampung bertindak menangkap dan mengikat mereka pada sebatang pokok kelapa sebelum diserahkan kepada anggota polis di kawasan Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah, Kampung Tersusun Batu 7 Lekir, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, beberapa orang kampung berjaya mencekup kedua-dua individu itu yang tidak menyedari pergerakan mereka memanjat pokok kelapa setinggi 5m diperhatikan seorang pemilik kedai runcit berhampiran sekolah berkenaan.

Bekas ketua kampung, Mohd Yaacob Hashim, 65, berkata sebaik menerima maklumat, beliau bersama 10 penduduk lain bergegas ke lokasi dan mendapati seorang daripada suspek sudah berada di dalam kereta Proton Wira, manakala seorang lagi mahu ke kedai berhampiran.

“Di dalam kereta itu terdapat beberapa tandan buah kelapa dan saya tidak pasti buah itu diambil di kampung ini sendiri atau tempat lain.

“Mereka mengaku mengambil kelapa itu dan kami terus menangkap dan mengikat kedua-duanya pada pokok kelapa menggunakan tali yang mereka guna untuk menurunkan kelapa dari pokok,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Yaacob berkata, tujuan mengikat kedua-dua suspek berumur belasan tahun dan awal 30-an itu untuk memberi pengajaran kepada mereka.

“Kami ikat 2 lelaki itu sementara menunggu polis tiba dan tidak memukul atau mencederakan mereka kerana mahu pihak polis yang mengambil tindakan.

“Siapa sangka di bulan mulia ini, masih ada individu yang melakukan aktiviti tidak bermoral ini,” katanya.

Yaacob berkata, kedua-dua suspek bagaimanapun merayu untuk dilepaskan sambil mengaku ia pertama kali dilakukan, namun semuanya terlambat dan kejadian itu perlu dijadikan pengajaran kepada individu lain.

Kejadian tersebut turut menjadi tular di media sosial termasuk Facebook.


Demikianlah Artikel Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok

Sekianlah artikel Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penduduk kampung ikat 2 pencuri kelapa pada pokok dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/06/penduduk-kampung-ikat-2-pencuri-kelapa.html

Subscribe to receive free email updates: