Judul : Anak lebai yang berserabai
link : Anak lebai yang berserabai
Anak lebai yang berserabai
Anak Hj Hadi seorang ni memang berserabai mentalnya dan tidak ubah seperti sikap ayahnya yang menganggap dirinya terlalu suci hingga sanggup menuduh orang lain sebagai buta al-Quran.
Anak Hj Hadi marahkan LKS sebab menggunakan ayat al-Quran untuk menasihati Peguam Negara Apandi Ali. Baca di sini
Apa salahnya orang seperti LKS yang bukan Islam, memetik ayat al-Quran untuk mengingatkan Apandi supaya dia mematuhi ajaran agamanya?
LKS menggunakan ayat-ayat tersebut kerana Apandi sebelum ini telah membuat kenyataan yang kononnya dia hanya takutkan Allah.
Anak Hj Hadi ni patut berasa malu kerana LKS mampu memetik dua ayat al-Quran yang sangat menepati maksud dan tujuannya untuk menegur Apandi.
Walaupun dia sendiri anak seorang Tok Lebai tersohor, dia tidak berupaya untuk menasihatkan Apandi seperti mana yang dilakukan oleh LKS.
Sama seperti bapanya, anak Lebai ini diam seribu bahasa malah memihak kepada regim kleptokrat Najib sebagaimana ayahnya, Hj Hadi dan juga Apandi.
Kita dapat lihat bagaimana kedua mereka ini, Hj Hadi dan Apandi yang pakar dalam bidang masing-masing - Hj Hadi pakar dengan hukum hakam agama Islam, Apandi pakar dalam soal perundangan negara, namun kedua mereka ini lebih cenderung untuk tidak menegakan hukum keadilan.
Mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang terang-terang berlaku didepan mata. Butakah mereka bahawa kes kecurian dan pengalihan haram duit 1MDB telah disiasat dan diambil tindakan oleh beberapa buah bidang kuasa seperti Singapura, DoJ Amerika Syarikat dan Switzerland?
Tetapi mereka berdua ini masih teus cuba untuk menyembunyikan kebenaran dan membela kebatilan. Tindakan Hj Hadi dan Apandi sama sederap, sama melangkah.. Umpamanya dalam dua isu berikut :
1) Kalau Apandi telah membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya dan skandal SRC International, Hj Hadi pula mahukan bukti dengan membawakan empat orang saksi!
2) Jika Apandi menolak pertuduhan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bahawa dana 1MDB diselewengkan, Hj Hadi pula tuduh DoJ Amerika Syarikat, kuasa asing cuba mencampuri urusan negara dalam isu 1Malaysia Development Berhad.
“Dan janganlah kamu campur-adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (al-Quran 2:42)
“... dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.” (al-Quran 2:60)
Ayat-ayat tersebut adalah jelas memberi ingatan dan teguran terhadap orang seperti Apandi dan Hj Hadi yang menyembunyikan kebenaran dan membela kebatilan yang akhirnya akan mengakibatkan kerosakan di muka bumi.
Tiba-tiba anak Hj Hadi mahu menjadi pembela kepada kerja-kerja mungkar dan memusuhi LKS yang cuba menasihati mereka dengan ayat-ayat Allah. Bertaubatlah waha anak lebai!
Marilah kita semua sama-sama berusaha untuk menghayati ayat Allah An-Nisaa:135 yang bermaksud :
" Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu ...."
Tiba-tiba anak Hj Hadi mahu menjadi pembela kepada kerja-kerja mungkar dan memusuhi LKS yang cuba menasihati mereka dengan ayat-ayat Allah. Bertaubatlah waha anak lebai!
Marilah kita semua sama-sama berusaha untuk menghayati ayat Allah An-Nisaa:135 yang bermaksud :
" Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu ...."
Demikianlah Artikel Anak lebai yang berserabai
Sekianlah artikel Anak lebai yang berserabai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anak lebai yang berserabai dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/07/anak-lebai-yang-berserabai.html