JIM/IRC punca perpecahan Pas? Doakan kehancuran pada Muslim lain?

JIM/IRC punca perpecahan Pas? Doakan kehancuran pada Muslim lain? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JIM/IRC punca perpecahan Pas? Doakan kehancuran pada Muslim lain?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JIM/IRC punca perpecahan Pas? Doakan kehancuran pada Muslim lain?
link : JIM/IRC punca perpecahan Pas? Doakan kehancuran pada Muslim lain?

Baca juga


JIM/IRC punca perpecahan Pas? Doakan kehancuran pada Muslim lain?

Syawal ini saya beraya hampir 30+ rumah, berjumpa puluhan sedara-mara jauh dekat, juga yg lama tak bertemu, pelbagai latar, bermesra bertanya khabar. Dan tak lain pastinya saya pula diterjah bertalu isu politik semasa yg sbhgn mereka tak sabar nak soalkan secara berdepan. Saya ok je, sedia nak jawab, disebabkan majority mereka bertanya dgn penuh kasih-sayang dan semangat Syawal.

 Rupanya Sayuti dah join PAN ka? Pasal Sayuti sanggup tinggalkan ulamak? Sebab apa Sayuti ceritakan benda-benda salah yg Tok Guru buat tu di FB?Takkan lah Pas nak kerjsama Umno kut. Sayuti jangan dok kawan dgn kafir DAP tu, musuh utama Islam tu. Macamana Sayuti nak jawab depan Allah nanti bila kena tanya pasal apa keluar Pas? Jom lah Sayuti pulang ke pangkal jalan. Pakchu dan makchu (...salah satu dari puluhan contoh yg saya ketemui sahaja) sejak mula tahu Sayuti tinggalkan Pas, kami menangis siang malam sedih sgt.

 Saya senyum je. Dah dijangka. Persoalan sebegini lumrah dan kena bersedia dilalui. Yang masalahnya kalau kita biarkan segala persoalan tanpa jawapan. Kesannya mereka yg ikhlas bertanya akan hilang thiqah pada kita. Jawapan pula mengikut kamampuan fikir yg bertanya. Bermacam versi terpaksa saya olah ikut soalan dan level yg bertanya soalan.

 1. Pakchu (salah satu contoh) saya tak pernah pun join PAN! Sebab kalau nak join Partai Amanat Nasional - PAN tu syaratnya mesti rakyat Indonesia, sebab Pak Amin Rais tak perlukan rakyat M'sia utk sokong dia. Saya hanya join Parti Amanah Negara (atau nama rasmi pendaftaran ROS nya - "Amanah") bila saya dapati party lama saya dah rosak dan melencong perjuangan. Saya keluar Pas masuk party Islam lain utk lebih bersungguh buat kerja dakwah. Bukan saya duduk berehat dan ayun kaki skrg ni. Bahkan lagi sibuk jadinya saya dlm parti baru ni. Lebih besar tribulasinya dan mehnahnya kami hadapi.

 2. Lagi pun pakchu saya hanya keluar Pas je pun, bukan nya masuk Umno. Saya keluar Pas utk lawan Umno/BN dgn lebih sungguh, lebih fokus. Saya tak mahu pertahankan atau bersekongkol dgn Umno walau kononnya Umno berjuang utk Melayu dan Islam. Pas skrg dah tukar perjuangannya berlunak dan jadikan Umno sbg sekutu utama atas terma Melayu dan Islam sbg teras, maka kami terpaksa tolak Pas! Sebab skrg Pas secara tiba-tiba sejak perginya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, dah kata perjuangannya tak boleh berjaya tanpa bantuan Umno. Pas pulak dah tak segan-silu berkepit cium dgn Umno atas pelbagai pentas, kononnya berkepit-cium itu utk bantu ummat Islam katanya. Walhal Umno gembira dapat perkudakan Pas setiap kali berkepit itu. Hina sungguh wajah Pas di gambaran media Umno, jelas terpampang sangat berkehinginkan Umno sungguh-sungguh.

 Kami pegang sungguh kata dan ijtihad Tok Guru Nik Aziz dalam politik Malaysia skrg, kerja utama adalah untuk tumbangkan Umno dahulu dan selamatkan rakyat dari kezaliman Umno/BN. Itu tekad. Maka Tok Guru Nik Aziz kerap pesan jangan sesekali kita terpedaya dgn kebaikan Umno umpan itu. Sebab semua tu utk rosakkan negara dan Islam sebenarnya.

 Dalam bab Umno tu jahat, pakchu tu angguk tanda setuju. Pakchu tu akui dia pun hairan mengapa akhir-akhir ni Pas dah jadi mcm tu pula. Contoh saya berikan pada pakchu tu pasal ucapan Hj Hadi yg dah pakat dgn Umno utk lawan 5 negeri dan membiarkan selebihnya pada Umno cukup menjadikan pakchu tu marah. "Mana boleh Tok Guru runding diam-diam dgn Umno begitu, itu bukan hak Tok Guru", tegasnya.

3. Pakchu tu sebut, dia panngil PAN sebab Ketua Dewan Ulamak Pas sendiri yg suruh panggil PAN, "...jangan panggil Amanah" katanya. Sebab PAN tu dlm english ertinya kuali, sifatnya keras dan kena bakar sahaja. Dan PAN tu pun dalam arab ertinya mati. So ahli Pas hendaklah pakat ratib PAN pada ahli Amanah sebagai doa untuk parti Amanah mati cepat / dihancurkan segera, dan jikq Amanah hancur Pas akan jadi kuat balik katanya.

 Oh begitu arahan Ketua Ulamak Pas rupanya Pakchu? Jahil sungguh ya sang Ketua Ulamak Pas kalau sebegitu jahat sekali kalamnya.

 Pakchu ingat tak ayat Allah yg haramkan doa keburukan buat saudara muslim? Allah haramkan kita caci cela muslim lain dgn kalimah yg kita tak suka, walau kita benci pada mereka sekalipun. Pakchu ingat tak dulu Umno Terengganu kata P.A.S. sbg "party ajaran sesat", kita marah tak? Lepas tu ada org tulis Pas sbg PIS utk singkatan party Islam, semua marah kan? Kalau kita marah boleh tak kita buat benda yg sama pada org lain yg tak suka...? Boleh tak kita doakan laknat pada org lain?

 Keduanya pakchu. Saya baru hanya keluar Pas je pun. Bukan keluar Islam. Yg dah masuk Pas pun tak sampai 2% rakyat Malaysia. Yang Umno pun dekat 10%. MCA/MIC pun lagi ramai dari Pas. Takkan semua yg bukan ahli Pas tu kita nak doakan hancur dan musnahkan mereka? Takkan org Islam di Malaysia yg tak bersama Pas tapi buat kerja Islam dlm NGO Islam lain tu kita kena pakat nak doakan depa hancur pakchu? Panjang lagi saya ngomel tajuk tu... 

Last dia sebut, ok lah "pakchu sebut Amanah laa". Bersinar mata saya. Dalam hati saya, padanlah pimpinan Pas haramkan ahli Pas bersoal-jawab dgn Amanah rupanya. Ramai jenis taqlid buta, tanpa ilmu dan hujjah. Benar sekali rupanya, ikut teory salah satu kejayaan indoktrinasi yg plg penting adalah, kepong pemikiran dan pandangan ahli, "jangan benarkan mereka dengar atau baca pandangan berbeza". Sebab pandangan berbeza itu akan jadikan seseorg itu mula berfikir gunakan aqal.9 Selesai tahap pertama...

 Saya ingat dah habis. Rupanya pakchu tu sambung pulak sikit lagi.

 4. Itulah yg pakchu tak mahu tu. Sayuti keluar Pas tapi pi berkawan pula dgn JIM / IRC tu. IKRAM tu IRC laa, takkan Sayuti tak kenal mereka kut. Mereka tu bahaya untuk jamaah Islam kita, mereka tu lah yg dah rosakkan Pas dgn menyelinap masuk cuba rampas Pas. Bila gagal dan gaduh dengan ISMA mereka tubuhkan pula IKRAM, dan berlakon kononnya sokong Pas, dan ISMA berlakon sokong Umno. Mereka tu semuanya sama je, Sayuti kena ingat. Dan bila mereka gagal kuasai Pas dalam Muktamar 2015, mereka keluar ramai-ramai tarik Sayuti sekali keluar Pas. Sayuti kena ingat pesan arwah Ustaz Harun Taib dulu betapa bahayanya mereka itu pada jamaah. Jangan sesekali percayakan IRC / JIM tu Sayuti.

 Hah betul kaa apa pakchu sebut ni? Pakchu dah kenal IKRAM kah? Ramai sungguh org IKRAM kat kampung pakchu ni yaa, sampai boleh tertubuh cawangan Amanah, sampai tadika PASTI Pas pun dah tutup yaa pakchu?

 Pakchu kenal tak siapa IKRAM yg tarik saya keluar Pas tu? Bagitahu saya siapa IKRAM tu pakchu, saya nak "sound" IKRAM yg pisahkan saya dari jamaah Islam, keluh saya penuh sinis sambil memikir apa jawapan yg patut dijawab. 

Seikhlasnya dalam bab IRC / JIM ni, saya pula jadi tak mampu nak beranalogi panjang dgn golongan level pemikiran seperti pakchu saya ini. Walau tahu saya full of facts to rebut their words, tapi saya rasa tajuk ini sgt besar untuk mereka hadam. Tak mudah utk buangkan doktrin "hanya Pas sahaja perjuangkan Islam" dari minda jenis ini, tanpa kita peruntukkan masa yg lama untuk bermu'ayashah dan berinteraksi dgn mereka. 

Mereka ini bukan sahaja tak pernah bersama dgn rakan IKRAM (dan rakan jamaah Islam lain) dan mengenali komitmen dakwah pelbagai NGO Islam itu, tapi sebenarnya mereka ini adalah mangsa utama pada satu process indoktrinasi yg begitu terancang oleh puak Pas Terengganu, khasnya puak Kubang Lembek yg memercikkan api kebencian dan permusuhan ketat dalam arus dakwah dan pembangunan fikrah Islam sejak 1980an lagi. Kebencian itu dicanang ke serata dunia, sampai bergaduhan pelajar Mesir berpaksikan "kitab taadud" karya Kubang Lembek tersebut. 

Cukup apa yg mereka faham, Pas itu sahajalah jamaah Islam, dan pakchu saya tu sebut mana mungkin ada jamaah Islam lain boleh wujud selepas adanya Pas. Typical! "Semua depa tu kalau betul sayangkan Islam mereka dah sepatutnya masuk dlm Pas dan berjuang atas nama Pas", mudah analogi pakchu itu.

 Saya cuba kalih perbincangan pula. Saya tanya, pakchu memang betul-betul yakin org yg masuk Pas tu bererti masuk Islam ka pakchu? Keluar Pas atau tak bersama Pas bererti dah keluar Islam sampai semua mereka tanggung dosa? Tidak katanya. Habis apa yg pakchu faham?

 Pelbagai jawapan dia selepas itu jelas benar tak mampu menjawab apa-apa. Dan itulah yg saya simpulkan tajuk berkaitan "taadud jamaah" atau perngertian "jamaah Islam" itu sendiri adalah satu perkara asas yg sangat wajib difahami oleh sesiapa sahaja yg mahu terlibat atau intimak dalam gerakerja dakwah yg mahu dilaksanakan. Apa pun latar, wajib mempunyai kefahaman apa yg kita perjuangkan.

 Perbincangan saya belum habis, saya dah janji nak sembang semula di lain waktu. Itu janji saya pada "beberapa mereka" itu. Itu pun jika mereka masih mahu mendengar.

 Tapi sebenarnya saya cukup gembira, pakchu dan kalangan mereka yg bertanya dgn penuh ikhlas dan bersungguh itu, sebenarnya menyerlahkan apa yg terbuku dlm hati mereka. Perkara yg tidak sedikitpun mengejutkan saya. Benda yg bagi saya/kita satu perkara asas yg kecil dan mudah difahami, tetapi dah dijadikan silibus tak bertulis yg mengjahannamkan fikrah sebahagian besar ahli Pas, dulu dan kini. 

Dan wajib atas kita utk berusaha agar tidak selamanya ia terus dirosakkan oleh usatizah Pas yg menyesatkan ahli itu. Dan jika lebih ramai yg mahu berjumpa dan bertanya, maka insy Allah lebih ramai bakal diselamatkan, khasnya kalangan mereka yg ikhlas sebegitu.

 5. Itu hanya sebahagian dari puluhan jenis soalan yg diterjah dan saya alukan mereka bertanya. Saya lihat ada dua kategori, saudara-mara yg yakin pada saya dan bertanya soalan dgn ikhlas dan mahukan jawapan. Kita boleh baca dari riak muka mereka. Dan satu jenis lain yg "langsung tak berani" bertanya soalan, walau kedengaran di belakang merekalah jaguh yg berteriakan PAN pengkhianat, dan mencemuh saya dan mereka yg bersama Amanah. Bahkan saya juga simpulkan bahawa kebanyakan jenis yg tak berani bersemuka bertanya soalan itu, hampir semua mereka rupanya baru sahaja berjinak dgn party Pas itu sejak setahun dua ini. Ada juga mereka yg Umno baru masuk Pas. Seolahnya mereka baru tertelan pil walak yg sgt tinggi dos sehingga otak jadi tak keruan dlm bermu'amalah keluarga dan rakan-rakan party baru Amanah.

 Untuk mereka semua, untuk kita semua, sama kita doakan hidayah Allah untuk terus mencari kebenaran dgn ilmu dan hujjah yg basiroh.

Saya teringat pada kata-kata pakchu itu sebelum ini, Sayuti tahu tak sebenarnya Umno lah yg lebih bencikan Amanah tu berbanding Pas bencikan Amanah. Umno tu nampak warna Oren pun tak boleh, sampai mereka tahan kereta SPR yg masuk kampung baru ni sebab sangkakan kereta Amanah. Kalau boleh Umno tak mahu langsung wujudnya Amanah sebab Amanah tu berkawan dgn Dap.

 Saya terpaksa tangguhkan jawapan saya itu, sebab saya jangka ia akan meleret lebih panjang dan susah untuk pakchu itu hadamkan. 

6. Saya sempat sebut, 5 tahun sejak 1998-2003 Umno lah yg marah Pas kawan dgn Dap. Pelbagai usaha dibuat utk putuskan Pas dgn Dap sebab Umno tahu akan kalah. Dan 7 tahun sejak 2008-2015 Umno itulah juga yg marahkan Pas sebab kawan dgn Dap sebab rekod kekalahan Umno plg teruk dalam sejarah pada PRU13.

 Saya kata, kami ini dah biasa kena marah dan dibenci difitnah oleh Umno sebab kawan dgn Dap. Juga saya dah biasa dgn cacian dan fitnah oleh ISMA Ikatan Muslimin Malaysia yg bercakap mempertahankan Umno, dan atas alasan agama marahkan Pas kawan dgn Dap. Semua tu kami hadapi terus.

 Cuma yg saya tak biasa adalah dgn Pas yg baru belajar nak marahkan kami dalam Amanah yg berkawan dan bekerjsama dgn Dap dan Pkr/Bersatu untuk jatuhkan Umno/BN. Saya betul-betul confuse, apa sebab yg Pas sendiri pulak jadi marah pada kami yg berkawan dgn Dap? Walhal Pas sendiri sudah menghirup segala macam madu kebaikan ketika bersama Dap sejak PRU1999, PRU2008 dan 2013. Pelik baru sekarang Pas belajar berkata "Dap tu jahat", Dap tu anti Islam, Dap tu musuh utam Pas.

 Saya sebut biasanya org yg buang tabiat dan tiba-tiba saja tukar fikiran ini adalah org yg dah nak mati, atau org yg dah termakan dedak beracun banyak sangat. Susah pakchu tu nak faham maksud saya itu. Saya pun tak minat nak panjangkan...

 7. Cuma saya dah janji saya akan jumpa semula pakchu dan makchu itu (dan mereka seangkatan itu) bila ziarah dikemudian hari kelak. Saya pun tak tahu bila masanya bertemu kembali mereka. Sebab saya melihat di luar sana terlalu ramai mereka yg "sealiran fikiran" sama dgn pakchu dan makchu saya itu yg perlu saya/kami ketemui...

 Juga faktanya pakchu saya itu juga bukan sebarangan orangnya. Selain kepimpinan utama di Cawangan, AJK Majis kampung dan AJK Pas Kawasan, isterinya makchu tu pula adalah pimpinan utama Dewan Muslimat Kawasan itu...

 Dan hakikatnya jumlah mereka sebegitu yg sedang dilema "serangan fikrah" namun mengambil pendirian bernaung di bawah party berlabel Islam itu cukup lah ramai. Mereka berasakan dgn bernaung dgn party berlabel islam itulah cara utk selamatkan diri yg sudah dimamah usia. Masa yg sama, mereka ini dihalang dari bertemu atau memandai mencari kebenaran selain dari apa yg disampaikan kepimpinan parti mereka sahaja.9 Bagi Pas sekarang, kebenaran itu sudah menjadi satu yg amat menakutkan pada kepimpinan mereka rupanya.

 Benar kata Allah :

 ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ 

 "Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dgn penuh hikmah dan pelajaran yg baik dan bantahlah (tegur dan perbaikilah) mereka dengan cara yg baik"

 "Dan sesungguhnya Tuhanmu lah yg paling mengetahui siapakah yg tersesat dari jalanNya, dan Dialah juga yg lebih mengetahui (menentukan) siapakah yg mendapat petunjuk".[ An-Nahl: 125 ]. 

 W'alam ~ sumber



Demikianlah Artikel JIM/IRC punca perpecahan Pas? Doakan kehancuran pada Muslim lain?

Sekianlah artikel JIM/IRC punca perpecahan Pas? Doakan kehancuran pada Muslim lain? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JIM/IRC punca perpecahan Pas? Doakan kehancuran pada Muslim lain? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/07/jimirc-punca-perpecahan-pas-doakan.html

Subscribe to receive free email updates: