Judul : Dua beradik hidap batuk kokol diasingkan - Dr Subramaniam
link : Dua beradik hidap batuk kokol diasingkan - Dr Subramaniam
Dua beradik hidap batuk kokol diasingkan - Dr Subramaniam
ANTARAPOS.COMSUNGAI SIPUT: Dua beradik warga asing yang menghidap batuk kokol atau pertussis di Keningau, Sabah kini diasingkan dalam tempoh dua minggu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, tindakan itu bagi memastikan penyakit berkenaan tidak disebarkan pada orang lain.
Beliau berkata selain mengasingkan pesakit masing-masing berusia dua tahun tujuh bulan dan 11 bulan itu, pihak kementerian juga melakukan vaksinasi di kawasan terlibat.
“Kami akan memeriksa status imunisasi penduduk di kawasan berkenaan dan memastikan mereka divaksinasi jika belum berbuat demikian dan memastikan dua kanak-kanak ini diasingkan supaya tidak tersebar pada orang lain dan sehingga pihak kami yakin risiko penyebarannya sudah tiada, biasanya tidak lebih dua minggu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis peletakan batu asas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Heawood di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya memberitahu dua beradik itu yang sedang dirawat di Hospital Keningau menghidap batuk kokol kerana tidak pernah mendapatkan imunisasi penyakit berkenaan.
Menurut Dr Noor Hisham, pertussis adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan bakteria bordetella pertussis dan disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk dan menjangkiti mulut, hidung serta tekak.
Ia boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia namun bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi lengkap adalah golongan paling berisiko tinggi untuk dijangkiti.
Demikianlah Artikel Dua beradik hidap batuk kokol diasingkan - Dr Subramaniam
Sekianlah artikel Dua beradik hidap batuk kokol diasingkan - Dr Subramaniam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dua beradik hidap batuk kokol diasingkan - Dr Subramaniam dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/08/dua-beradik-hidap-batuk-kokol.html