Exco Johor: PBT tiada kuasa halang dobi khas untuk Islam

Exco Johor: PBT tiada kuasa halang dobi khas untuk Islam - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Exco Johor: PBT tiada kuasa halang dobi khas untuk Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Exco Johor: PBT tiada kuasa halang dobi khas untuk Islam
link : Exco Johor: PBT tiada kuasa halang dobi khas untuk Islam

Baca juga


Exco Johor: PBT tiada kuasa halang dobi khas untuk Islam

 
Abd Mutalip Abd Rahim menasihatkan pengusaha kedai dobi layan diri di Muar menyimpan papan tanda 'mesra Muslim' dan mewujudkan ruangan khas untuk pelanggan bukan Muslim bagi mengelakkan penganut agama lain kecil hati.


Abd-Mutalip-Abd-Rahim-kedai-dobi-layan-diri-di-Muar


PETALING JAYA: Pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa untuk menutup atau menghalang pengusaha kedai dobi yang menawarkan perkhidmatan khusus kepada kumpulan pelanggan tertentu, kata exco agama Johor.

Abd Mutalip Abd Rahim mengulas tindakan sebuah kedai dobi layan diri di Muar yang menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan beragama Islam sahaja.

Beliau sebaliknya menasihatkan pengusaha terbabit menyimpan papan tanda “mesra Muslim” yang mengundang kontroversi dan salah faham penganut agama lain.

“Itu perniagaan (dobi) kerajaan tidak ada masalah, dia hendak buat apa pun terpulanglah. Dalam peraturan PBT juga tidak ada kata untuk dobi Muslim atau tidak, cuma ada peraturan untuk restoran.

“Kalau ikutkan peraturan, kita tidak boleh tutup. Cuma kita minta dia (pengusaha dobi) betulkan keadaan dan situasi yang berlaku,” katanya kepada FMT hari ini.

Semalam, pengusaha kedai dobi berusia 40 tahun itu memberitahu sebuah akhbar berbahasa Cina, beliau sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Papan tanda “mesra Muslim” diletakkan di depan premis itu atas faktor kesucian dan pelanggan turut diminta menanggalkan kasut sebelum memasuki premis terbabit.

Beliau mengalu-alukan orang Cina dan India yang beragama Islam ke kedai dobinya, dan mencadangkan orang bukan Islam menggunakan kedai dobi lain.

Mengulas lanjut, Mutalip berkata, peniaga sepatutnya lebih berhemah dalam menjalankan perniagaan supaya tidak menyinggung perasaan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

“Sepatutnya tidak perlu papan tanda dobi Muslim itu. Pendekatan sebetulnya haruslah berhemah, takut bangsa lain terasa dengan tindakan itu.

“Benda ini kita mahu elakkan, lakukan sahaja perniagaan seperti biasa. Apa salahnya jika buat satu lagi ruangan khusus untuk bukan Muslim juga supaya tidak kecilkan hati orang lain,” katanya.
Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin bagaimanapun memuji dasar “mesra pelanggan Islam” itu sebagai “cantik”.

“Kebersihan menjadi keutamaan kepada umat Islam,” kata Tahrir yang dipetik Harian Metro.



Demikianlah Artikel Exco Johor: PBT tiada kuasa halang dobi khas untuk Islam

Sekianlah artikel Exco Johor: PBT tiada kuasa halang dobi khas untuk Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Exco Johor: PBT tiada kuasa halang dobi khas untuk Islam dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/09/exco-johor-pbt-tiada-kuasa-halang-dobi.html

Subscribe to receive free email updates: