Azmin tidak patut main politik isu pesta arak - penganalisis

Azmin tidak patut main politik isu pesta arak - penganalisis - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin tidak patut main politik isu pesta arak - penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin tidak patut main politik isu pesta arak - penganalisis
link : Azmin tidak patut main politik isu pesta arak - penganalisis

Baca juga


Azmin tidak patut main politik isu pesta arak - penganalisis

Oleh Zeannaima Md Yusof
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sepatutnya lebih bertanggungjawab bersabit penganjuran pesta arak di negeri itu dan bukannya menolak tanggungjawabnya kepada pihak lain.
 
Penganalisis politik, Dr Kamarul Azman Yusoff berkata Azmin sepatutnya ada keberanian politik untuk menolak penganjuran program sebegitu demi keselamatan rakyatnya.
 
Ujar Kamarul, penganjuran program sensitif sebegitu tidak seperti tahun-tahun sebelumnya berikutan ia disahkan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mendapat ancaman keselamatan yang nyata.
 
"Azmin sepatutnya lebih bertanggungjawab dan tidak bermain politik dalam isu ini. Kena hormat pada pihak keselamatan, khususnya ketua polis negara yang sudah tentu mendapat maklumat risikan yang terperinci.
 
"Disebalik bermain politik, Azmin sepatutnya menjaga dan mengutamakan  keselamatan rakyatnya sendiri. Kalau bom meletup, bukan pengunjung sahaja yang terjejas," ujarnya ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos.
 
Azmin ketika mengulas penganjuran Centro Mall German Food & Beverage Festival 2017  berkata program itu boleh diteruskan jika menepati segala syarat pihak berkuasa tempatan (PBT).
 
Beliau berkata demikian biarpun KPN mengesahkan ada ancaman keselamatan nyata, jika ia diteruskan pada 12 dan 13 Oktober ini.
 
Azmin berkata penganjuran festival itu yang sebelum ini dikenali sebagai Oktoberfest melibatkan penjualan arak tidak mendatangkan masalah kepada kerajaan negeri.
 
"Bila ketua polis negara berkata memang ada ancaman keselamatan terhadap majlis itu, maka jangan bagi kelulusan. Apa nak takut? Kenapa takut sangat dengan Teng Chang Kim (Exco Selangor).  
 
"Trend di negara-negara luar menunjukkan bahawa ancaman keselamatan itu memang wujud. Tapi kita lihat pemimpin PH sengaja meniup api kemarahan bukan islam kepada kerajaan," kata Kamarul.
 
Kamarul juga tidak menolak Azmin terpaksa berbuat demikian untuk menjaga hati rakan komponennya dalam Pakatan Harapan (PH) selain terpaksa mengambil hati pengundi bukan Melayu.
 
"Azmin dan pemimpin PH mahu jaga hati pengundi bukan Melayu dan Melayu Liberal. Sebab di Selangor banyak kawasan bandar dan kawasan campuran. 
 
"Segmen bukan Melayu ini penting penting untuk PH kekal berkuasa," katanya.
 
Polis sebelum ini turut menasihati pembatalan penganjuran Better Beer Festival 2017 di Publika Shopping Gallery atas sebab yang sama.
 
 


Demikianlah Artikel Azmin tidak patut main politik isu pesta arak - penganalisis

Sekianlah artikel Azmin tidak patut main politik isu pesta arak - penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin tidak patut main politik isu pesta arak - penganalisis dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/azmin-tidak-patut-main-politik-isu.html

Subscribe to receive free email updates: