Titah Sultan Yang Bernas: Pergi Duduk Dalam Gua

Titah Sultan Yang Bernas: Pergi Duduk Dalam Gua - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Titah Sultan Yang Bernas: Pergi Duduk Dalam Gua, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Titah Sultan Yang Bernas: Pergi Duduk Dalam Gua
link : Titah Sultan Yang Bernas: Pergi Duduk Dalam Gua

Baca juga


Titah Sultan Yang Bernas: Pergi Duduk Dalam Gua

Sultan Johor: Kalau semua tak boleh, lebih baik duduk dalam gua

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menegur pelbagai amalan berasaskan agama yang kadangkalanya tidak praktikal, memaklumkan ia boleh menjadi tidak munasabah untuk hidup dalam masyarakat sedemikian.

Baginda bertitah menjelaskan isu dobi mesra Muslim sahaja yang enggan menerima pelanggan bukan Islam dengan alasan 'kesucian'.


"Saudara-saudara fikir lah sendiri. Bagaimana pula, dengan tempat duduk di tempat awam. Yang mungkin dijilat anjing, atau bantal dan selimut di hotel yang mungkin terkena najis.

"Perkara ini tidak akan berakhir. Kalau semua sudah tak boleh, maka nasihat saya, lebih baik duduk seorang di dalam gua dan tak perlu hidup masyarakat," titah ucapan baginda dalam majlis konvokesyen ke 17 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat semalam.

Sebuah video titah ucapan baginda dimuat naik ke laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim (sila rujuk di bawah)

Titah Sultan Ibrahim lagi nota ringgit mungkin telah bersentuhan dengan para penjual arak dan daging khinzir.

"Adakah kerajaan perlu mengeluarkan duit yang mesra Muslim?" Soal baginda.

Menyentu dobi mesra Muslim itu lagi, baginda telah bertitah mengarahkan agar amalan itu dijauhi. Titah Sultan Ibrahim lagi amalan sedemikian hanya akan memecah-belahkan masyarakat.

"Sebagai ketua agama negeri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk kekalkan keamanan dan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negeri ini.

"Oleh itu, apa juga perkara yang saya rasa boleh membawa kepada perpecahan akan diambil tindakan dengan segera."

Baginda menambah amalan tersebut sebagai 'ekstrim'. Baginda menekankan bahawa Islam menjunjung keharmonian dan mengajak berbuat baik kepada orang lain walaupun bukan daripada agama yang sama.

"Pemikiran sempit ini bukan cara masyarakat Islam di Johor," titah baginda. -mk



ULASAN GB

Apa yang disampaikan oleh Tuanku Sultan Johor amat bernas dan rasanya perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak khususnya mereka yang masih berfikiran sempit tetapi ingin hidup di dalam masyarakat multi-racial dan multi-religious.

Golongan yang merasakan dirinya terlalu suci sehingga tidak boleh lansung bergaul dengan mereka yang bukan-Islam lebih baik duduk di dalam gua, saranan Tuanku yag amat GB persetujui.

Di dalam Al-Quran telah jelas Allah berfirman:

“Dan jika Tuhan-mu Menghendaki, tentulah beriman semua orang di bumi seluruhnya. Tetapi apakah kamu (hendak) memaksa manusia agar mereka menjadi orang-orang yang beriman?” (Yunus 99)

Kita diperintahkan agar tidak memandang tinggi kepada pihak sendiri dan memandang rendah kepada pihak lain iaitu sikap yang ada di dalam kebanyakan ahli parti suci.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Al-Hujurat:11

Justeru itu apa yang disampaikan oleh Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar amat bertepatan dengan perintah-perintah Allah swt di atas dan sewajarnya semua pihak perlu akur dan menghormati pandangan baginda.









Demikianlah Artikel Titah Sultan Yang Bernas: Pergi Duduk Dalam Gua

Sekianlah artikel Titah Sultan Yang Bernas: Pergi Duduk Dalam Gua kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Titah Sultan Yang Bernas: Pergi Duduk Dalam Gua dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/titah-sultan-yang-bernas-pergi-duduk.html

Subscribe to receive free email updates: