Ahli Politik Bankrap Idea Guna Agama Untuk Takutkan Rakyat

Ahli Politik Bankrap Idea Guna Agama Untuk Takutkan Rakyat - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Politik Bankrap Idea Guna Agama Untuk Takutkan Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Politik Bankrap Idea Guna Agama Untuk Takutkan Rakyat
link : Ahli Politik Bankrap Idea Guna Agama Untuk Takutkan Rakyat

Baca juga


Ahli Politik Bankrap Idea Guna Agama Untuk Takutkan Rakyat


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mengecam ahli politik yang mempergunakan agama untuk menakut-nakutkan atau memecahbelahkan rakyat.



"Adalah malang apabila sesetengah ahli politik menggunakan agama sebagai momokan politik, khususnya untuk tujuan menakutkan yang mana hanya memecahbelahkan rakyat," katanya dalam catatan di blog hari ini.

Salleh berkata Sabah dan Sarawak tidak menghadapi masalah berkaitan perkara itu, namun kini terdapat individu yang cuba meningkatkan sentimen agama sebagai sebahagian daripada strategi politik mereka.

Beliau berkata pembinaan Malaysia sebagai sebuah negara tidak akan dapat dicapai dengan memecahbelahkan rakyat.

"Apakah keperluan untuk membahagikan Muslim sederhana dengan Musim ekstrem dan umat Islam dan bukan Islam?

"Hanya ahli politik yang muflis idea akan melakukan ini," katanya.

Bekas ketua menteri Sabah itu berkata adalah ironi apabila mereka yang bercakap mengenai perpecahan, juga adalah orang yang sama menyebabkan berlaku perpecahan.

"Ini macam musang tawarkan diri untuk selamatkan ayam daripada dimakan musang lain," katanya.

Beliau juga berkata merungut mengenai perpecahan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah.

"Kita selalu mendengar mengenai masalah ini tanpa mendengar penyelesaiannya. Jadi mari dengar apakah penyelesaian daripada orang yang merungut mengenai perpecahan di Malaysia," katanya lapor Malaysiakini di SINI


Demikianlah Artikel Ahli Politik Bankrap Idea Guna Agama Untuk Takutkan Rakyat

Sekianlah artikel Ahli Politik Bankrap Idea Guna Agama Untuk Takutkan Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Politik Bankrap Idea Guna Agama Untuk Takutkan Rakyat dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/11/ahli-politik-bankrap-idea-guna-agama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :