Judul : Banjir mula landa Kelantan, 162 mangsa dipindah
link : Banjir mula landa Kelantan, 162 mangsa dipindah
Banjir mula landa Kelantan, 162 mangsa dipindah
Sehingga kini , masih belum ada kenyataan resmi dikeluarkan oleh Kerajaan Pas Kelantan mengenai banjir yang mula melanda Kelantan.
Mungkin kerana Pas terlalu sibuk menggerakkan misi bantuan kemanusiaan ke Syria pada Disember ini untuk menyampaikan keperluan berupa makanan dan selimut bagi menghadapi cuaca ekstrem tersebut.
Bukankah lebih baik jika urusan kemanusiaan di negeri sendiri diutamakan?
Adapun urusan luar negara itu, biarlah kerajaan Malaysia yang menggerakkannya. Lagi pula kita sudah ada Mercy Malaysia yang telah pun menjalankan program kemanusiaan di Syria sejak 2013, termasuk misi ke Damsyik yang disertai wartawan BH pada Februari 2015.
Pas boleh salurkan bantuannya yang menyampaikan keperluan berupa makanan dan selimut melalui Mercy Malaysia.
Tapi nampaknya Pas mahu berlagak macam anak katak yang mengembongkan dirinya kerana mahu menunjukan gebongnya!
Berikut adalah kenyataan Bomba dan Penyelamat Kelantan, bukan dari kerajaan Pas Kelantan!
Sejumlah tujuh pusat pemindahan banjir mula dibuka di beberapa kawasan di negeri Kelantan hari ini, susulan hujan berterusan yang melanda sejak semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Nazili Mahmood berkata, seramai 162 mangsa sudah dipindahkan setakat jam 5 petang tadi.
"Sehingga jam 5 petang, tujuh pusat pemindahan dibuka membabitkan 162 orang mangsa.
"Ia melibatkan kawasan Ketereh, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tanah Merah," katanya kepada Malaysiakini.
JBPM Kelantan sebelum ini berkata sedia berhadapan sebarang kemungkinan banjir di negeri itu, dengan kekuatan seramai 1,127 anggota termasuk bomba bantuan dan sukarela.
Baca seterusnya di sini
Daniel Zairin : Diminta lebai2 bodoh dari pas segera report polis
Rosli My : Lepas ni buat tugu peringatan banjir pulak
Ahmad Qushairyl Ridzuan : Masa Penang dilanda banjir, ada mulut puaka berserban yang sodap mulut cakap bala Tuhan. Ni dah terkena banyak kali kat negeri Serambi Mekah, nak cakap pa pula? Mukjizat kurniaan Ilahi ka musibat? Renung renungkanlah.....
Urwah Uzzam : Org lain bala. Klu kat dia ujian. Hahaha
Saari Saari : Mana pergi "pemimpin" besar Parti memerintah tidak buat Laporan Polis atas alasan "kerakusan pembangunan" sebagaimana Penang dilanda banjir baru-baru ini.
Malik Nik : Bagi sja 50k balik duit kelantan tu
Snakehead Hunter : kena btg idung sendiri pandai plk kata musim tengkujuh... kat penang kata bala la itu la ini la...pegi lw buat report.
Hamzah Mohammad : Zuhairen Nahar, lama dah PAS dibantu Umno. Gaji MB, TMB dan pegawai2 Krjn Kelantan dibantu bayar oleh Krjn Pusat. Cuba semak berapa hutang Kelantan kpd Pusat berbanding Pul Pinang. Rasanya Kelantan paling tinggi, Pul Pinang paling rendah atau dah tak de hutang dgn Pusat.
Hamzah Mohammad : Seberang sempadan tak pula banjir tiap2 tahun. Tentu ada yang tak kena di Kelantan. Biasa banjir krn tiadanya prog2 pencegahan banjir, pmbalakan haram & pembuangan sampahsarap ke sungai.. Krjaan Neg PAS beritahu rakyat mesti redho dengan banjir krn itu qadho dan qadar sbb tak de wang dan tak effisen. Pasal itu tiap2 tahun berlaku banjir besar.
Demikianlah Artikel Banjir mula landa Kelantan, 162 mangsa dipindah
Sekianlah artikel Banjir mula landa Kelantan, 162 mangsa dipindah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Banjir mula landa Kelantan, 162 mangsa dipindah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/11/banjir-mula-landa-kelantan-162-mangsa.html