Judul : ADUN tunggal PKR di Kelantan belum tahu nasibnya pada PRU14
link : ADUN tunggal PKR di Kelantan belum tahu nasibnya pada PRU14
ADUN tunggal PKR di Kelantan belum tahu nasibnya pada PRU14
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: Wakil rakyat tunggal PKR di Kelantan Mohd Roslan Puteh menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti sama ada masih mahu meletak beliau sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang atau sebaliknya.
Mohd Roslan yang merupakan ADUN Guchil berkata perkara itu masih belum dimuktamadkan dan masa depan beliau masih lagi menjadi tanda tanya.
"Untuk PRU14 ini soal calon kita belum tentukan lagi siapa jadi calon tapi kalau mengikut kepada (PKR) pusat kita akan mempertahankanlah kerusi ini.
"Jadi setakat ini belum dibincangkan lagilah, kalau nak tahu terperinci kena tanya pengerusi negeri," katanya kepada Antarapos.
Ditanya sekiranya bersedia untuk bertanding semula mempertahankan kerusi itu, Mohd Roslan berkata 'susah mahu bercerita'.
"Itu susah nak cerita, tak tahulah macam mana lagi sebab PKR ini kita ada ramai tokoh," katanya.
Pada PRU 2008, PKR bertanding tiga kerusi Parlimen di Kelantan iaitu Tanah Merah, Ketereh dan Machang, manakala DUN pula adalah Paloh, Nenggiri, Kuala Balah, Pengkalan Kubor dan Guchil.
Hanya DUN Guchil dimenangi PKR melalui Mohd Roslan dengan majoriti tipis, 492 undi.
Mohd Roslan mendapat 7,803 undi berbanding dengan calon BN, Nik Sapeia Nik Yusof yang memperoleh 7,311 undi.
Sementara dua calon Bebas Muhamad Bustaman Yaacob dan Md Nasir Ahmad masing-masing hilang wang deposit dengan memperolehi undi 146 dan 37 undi.
Roslan dalam padi itu berkata beliau sedia bertembung dengan calon PAS di kawasan itu pada PRU14, jika PKR masih meletakkan kepercayaan kepadanya.
"Oleh kerana PKR dan PAS tidak ada lagi tahaluf siyasi sama ada di peringkat pusat ataupun di peringkat negeri maka pertembungan tiga penjuru itu tak dapat dielakkan lagilah.
"Jadi mana-mana parti terpaksa bersedia untuk bertembung walaupun dulu kita dalam satu pakatan," katanya.
PKR sudah membuat persiapan untuk memastikan kemenangan di DUN Guchil dengan memperkasakan jentera parti di peringkat akar umbi, kata Roslan.
"Jadi rakyat akan menilai sama ada untuk mengekalkan calon PKR atau PAS walaupun dalam kedua-dua pilihan raya umum sebelum ini memang kita akui gerak kerja jentera banyak dibantu PAS.
"Itu tak dpt dinafikan tapi selepas dua penggal calon kita menang di DUN Guchil maknanya jentera parti sudah ada dan kita sudah bersedia untuk menghadapi Umno dan mana-mana parti yang masuk bertanding," katanya.
Demikianlah Artikel ADUN tunggal PKR di Kelantan belum tahu nasibnya pada PRU14
Sekianlah artikel ADUN tunggal PKR di Kelantan belum tahu nasibnya pada PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ADUN tunggal PKR di Kelantan belum tahu nasibnya pada PRU14 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/12/adun-tunggal-pkr-di-kelantan-belum-tahu.html