Judul : Penduduk mengadu Merapoh musnah kerana pembalakan, lombong
link : Penduduk mengadu Merapoh musnah kerana pembalakan, lombong
Penduduk mengadu Merapoh musnah kerana pembalakan, lombong
Wakil penduduk Merapoh mengadu mengenai eksploitasi manusia memusnahkan nilai eko pelancongan yang menjadi sumber rezeki 8 kampung di situ.
Gambar dari udara menunjukkan laluan lori atau jentera yang berselirat.
Namun pertemuan FMT dengan wakil penduduk di situ hanya mendengar aduan mengenai eksploitasi manusia memusnahkan nilai eko pelancongan yang menjadi sumber rezeki 8 kampung di situ.
Penduduk mengadu sungai dulunya jernih kini keruh.
Terletak berdekatan Taman Negara Pahang, khazanah di laluan Merapoh-Gua Musang dianggarkan berusia ratusan juta tahun. Hutan di kawasan sekitar bukan hutan sekunder tetapi limpahan hutan hujan asli, dan menjadi habitat kepada spesis bunga pakma tikus, iaitu keluarga raflesia terkecil di dunia. Merapoh turut ditandai ratusan gua batu kapur, deretan air terjun dan latar gunung yang mempesonakan. Bukit batu kapur di kawasan sekitar menyimpan fosil haiwan laut berusia jutaan tahun dan peristiwa kepupusan makhluk bumi 251 juta tahun lampau, atau Kepupusan Usia Perm-Trias (Permian-Triassic Extinction).
Gambar menunjukkan kawasan hutan Merapoh yang terjejas.
“Ramai pelancong membatalkan kunjungan ke sini. Mereka ingat dapat tengok hutan hijau tapi apa yang dapat ialah lumpur, bukit digondol. Malah, jalan masuk ke Gua Hari Malaysia juga rosak teruk.”
Dianggarkan lebih 200 hektar hutan telah ditebang.
Lombong emas
Kemusnahan di Merapoh turut mendapat perhatian Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Pertubuhan Save Merapoh Cave.
Presiden Peka Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata risikan memaklumkan pihaknya bahawa pihak terlibat tidak mengemukakan sebarang Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) kepada Jabatan Alam Sekitar.
Aktiviti pembalakan dikatakan merangkumi kawasan seluas 668.8 hektar.
“Pembalakan dan perlombongan emas ini telah mengakibatkan gangguan bekalan air kepada penduduk Mukim Batu Yon, terutamanya penduduk di Merapoh. Pembalakan dan perlombongan emas ini telah merosakkan ekosistem di Merapoh. Tidak ada ‘buffer zone’ kepada Sungai Merapoh, yang mengakibatkan sungai tercemar.
Hutan di Merapoh dan sekitarnya merupakan limpahan hutan hujan asli dan habitat kepada spesis bunga pakma tikus.
Kayu yang ditebang tersusun untuk diangkut.
“Air yang tercemar juga terus disalurkan kepada penduduk walaupun tahap pencemaran air melebihi 1000 NTU, mengakibatkan penduduk terpaksa menggunakan air yang tercemar,” katanya.
Shariffa bimbang rakyat Merapoh akan mengalami nasib yang sama seperti penduduk Hulu Kelantan yang dilanda “bah kuning” pada 2014.
Kayu yang ditebang sedia untuk diangkut.
Pihak terlibat didakwa tidak mengemukakan sebarang Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).
LIHAT VIDEO DI SINI
Demikianlah Artikel Penduduk mengadu Merapoh musnah kerana pembalakan, lombong
Sekianlah artikel Penduduk mengadu Merapoh musnah kerana pembalakan, lombong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penduduk mengadu Merapoh musnah kerana pembalakan, lombong dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/12/penduduk-mengadu-merapoh-musnah-kerana.html