TUBUHKAN RCI UNTUK SIASAT SKANDAL FELDA

TUBUHKAN RCI UNTUK SIASAT SKANDAL FELDA - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TUBUHKAN RCI UNTUK SIASAT SKANDAL FELDA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TUBUHKAN RCI UNTUK SIASAT SKANDAL FELDA
link : TUBUHKAN RCI UNTUK SIASAT SKANDAL FELDA

Baca juga


TUBUHKAN RCI UNTUK SIASAT SKANDAL FELDA


Pas yang telah sekian kalinya menyatakan 'Puas hati' terhadap pelbagai isu besar yang melanda negara seperi isu Tabung Haji, isu 1MBD, Isu GST dan yang terbaru kini pula, PAS berpendapat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak perlu ditubuhkan bagi menyiasat isu pindah milik tanah kepunyaan Felda di Jalan Semarak Kuala Lumpur memandangkan skandal itu mudah diselesaikan. 

 Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, seolah-olah telah menjadi jurucakap kerajaan berkata, langkah yang perlu diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah dengan melihat dan mengkaji secara teliti kronologi kes itu.~  sumber

Takiyuddin beranggapan skandal FELDA ini mudah disiasat oleh PDRM dan SPRM.

Memang betullah ianya mudah. Begitulah juga dengan kes 1MBD - ianya mudah kerana segala bukti sudah sedia ada DoJ US telah siap bukti segalanya. Lagi pula, bekas Peguam Negara Gani Patail yang diterajang Najib secara mengejut pun adalah kerana Gani dah siap kertas dakwaan nak dakwa Najib di mahkamah.

Pas seolah-olah ingin menyatakan 'Puas Hati dengan kenyataan-kenyataan PDRM dan SPRM sebelum ini tentang Skandal Felda sebelum ini, tapi malu nak berterus terang??

Sedangkan ramai yang tidak berpuas hati dan berasa curiga dengan tindakan PDRM dan SPRM dalam menangani isu FELDA ini kerana melibatkan orang yang sangat rapat dengan perdana menteri, Najib.

 Umpamanya, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada 22 Disember lalu berkata, polis akan memanggil Isa untuk membantu siasatan kes itu selepas kepulangannya dari luar negara. 

Tetapi yang peliknya, media telah dapat 'menghidu' kepulangan Isa sehari sebelum itu tetapi polis tidak???

Berita terbaru kelmarin 27 Dis, polis menyatakan akan soal siasat Isa Samad  minggu hadapan.

Kes itu disiasat oleh Jabatan Jenayah Komersial mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana dokumen penipuan dan pemalsuan.

Sementara itu SPRM dalam kenyataannya pada  Dis 21 lalu, bahawa pindah milik tanah Felda tiada unsur rasuah, hanya kelemahan tadbir urus.


Sangat menakjubkan semua kerana dengan sepantas kilat dan mudah, SPRM telah membuat kesimpulannya.



Kita memerlukan penubuhan RCI bagi melakukan siasatan menyeluruh berkaitan agensi persekutuan itu dan subsidiarinya kerana sebelum ini Laporan Ketua Audit Negara telah mendapati berlaku kepincangan.



Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, tanah Felda Jalan Semarak Kuala Lumpur hanya sebahagian kontroversi yang terbongkar sedangkan Felda memiliki 12 lagi pelaburannya di bawah anak-anak syarikat yang masih tidak didedahkan berlaku penyelewengan.



 “Tanah Felda Jalan semarak sebahagian sahaja daripada FIC ada 12 pelaburan berbilion ringgit masih kontroversi belum lagi didedahkan antaranya projek terbengkalai pembinaan rumah kedua generasi Felda.



Pada 14 Ogos, 2017 Isa Samad telah dipanggil untuk disoal siasat oleh SPRM berkaitan pembelian hotel di London dan Kuching, Sarawak yang dilakukan oleh Felda Investment Corporation (FIC).



Isa telah ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes tersebut dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret dengan jaminan RM150,000 dengan dua penjamin.



Sehingga hari ini kes tersebut masih senyap sunyi seolah-olah tiada tindakan diambil. Sekadar soal siasat dan tiada dapatan siasatan untuk capaian umum.


Muak dengan tangkapan tanpa tuduhan.
Isa pula boleh bebas kesana sini hingga boleh keluar negara... sedangkan budak-budak yang berhutang dengan PTPTN tak berapa duit  pun telah dilarang keluar negara! 

Inilah istimewanya yang ada pada Isa anak Pak Samad; khabarnya berkat kebijaksanaanya mendodoikan PM Najib dengan lagu 'Madah Berhelah' nyanyian Ziana Zain, kegemaran PM Najib. 


FIC, anak syarikat Felda terlibat dalam aktiviti perniagaan bukan perladangan terpalit dengan skandal itu apabila SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London pada 16 Disember 2014 dengan harga RM330 juta.


Beberapa kes rasuah dan salah laku berlaku di bawah pimpinannya. Langkah tuntas perlu diambil dan bukannya sekadar melakukan pendedahan bersiri demi melindungi kerosakan parah institusi bumiputera tersebut.

Atas sebab itu, penubuhan RCI amat diperlukan supaya siasatan menyeluruh dapat dilakukan tanpa gentar dan pilih kasih.


Demikianlah Artikel TUBUHKAN RCI UNTUK SIASAT SKANDAL FELDA

Sekianlah artikel TUBUHKAN RCI UNTUK SIASAT SKANDAL FELDA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TUBUHKAN RCI UNTUK SIASAT SKANDAL FELDA dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/12/tubuhkan-rci-untuk-siasat-skandal-felda.html

Subscribe to receive free email updates: