Judul : Hudud bukan bidang kami, doktor Islam persoal cadangan Kelantan
link : Hudud bukan bidang kami, doktor Islam persoal cadangan Kelantan
Hudud bukan bidang kami, doktor Islam persoal cadangan Kelantan
Mereka mengkritik timbalan menteri besar Kelantan kerana mencadangkan pakar bedah memotong tangan bawah hukum hudud.
PETALING JAYA: Tiga doktor perubatan beragama Islam mengecam cadangan kerajaan Kelantan menggunakan perkhidmatan pakar bedah untuk memotong tangan pencuri yang didapati bersalah bawah hukum hudud.
Mereka memberitahu FMT cadangan itu bermakna meminta para doktor melanggar ikrar profesional mereka iaitu tidak melakukan mudarat pada tubuh manusia.
Mereka bertiga ialah Pengarah Islamic Renaissance Front Ahmad Farouk Musa, seorang pakar bedah kardiotorasik; pengulas politik dan padar bedah di California, Amerika Syarikat, M Bakri Musa; dan Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, seorang pakar perubatan yang mengajar perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dalam satu temubual baru-baru ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sarjana Islam kontemporari berpendapat khidmat pakar bedah diperlukan unntuk menjalankan hukuman punitif potong tangan bagi memastikan bahagian tubuh melepasi pergelangan tangan tidak diapa-apakan.
Farouk berkata Amar mungkin tidak sedar akan prinsip universal pakar perubatan iaitu, “Pertama, jangan melakukan mudarat.”
Beliau mengkritik Amar kerana mengabaikan “kesalahan moral” dalam cadangannya itu.
“Dia patut tahu kerjaya perubatan kerjaya paling mulia di dunia dan salah dari segi moral untuk mencadangkan tindakan kejam seperti itu terhadap manusia atas nama agama.
Demikianlah Artikel Hudud bukan bidang kami, doktor Islam persoal cadangan Kelantan
Sekianlah artikel Hudud bukan bidang kami, doktor Islam persoal cadangan Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hudud bukan bidang kami, doktor Islam persoal cadangan Kelantan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/hudud-bukan-bidang-kami-doktor-islam.html