JPJ pantau caj, harga dapatkan lesen memandu

JPJ pantau caj, harga dapatkan lesen memandu - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JPJ pantau caj, harga dapatkan lesen memandu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JPJ pantau caj, harga dapatkan lesen memandu
link : JPJ pantau caj, harga dapatkan lesen memandu

Baca juga


JPJ pantau caj, harga dapatkan lesen memandu



ALOR GAJAH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Jawatankuasa Pelesenan Institusi Memandu (JKPIM) sentiasa memantau isu harga lesen memandu yang ditetapkan institut memandu di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, institut memandu yang dikesan mengenakan harga tidak munasabah boleh diambil tindakan termasuk menghentikan operasi institusi berkenaan.

Beliau berkata, harga siling bagi mendapatkan lesen memandu di negara ini telah ditetapkan dan perbezaan atau harga yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan, mungkin disebabkan beberapa caj tambahan yang dikenakan institusi terbabit.

“Harga siling untuk mendapatkan lesen motosikal B2 adalah RM350, manakala B pula RM900. Harga lesen bagi kereta transmisi manual (D) adalah RM1,150 sementara bagi kereta transmisi automatik (DA) adalah RM1,250.

Institusi Memandu tidak boleh mengenakan harga lesen yang lebih daripada yang ditetapkan tetapi berdasarkan pemantauan yang dilakukan harga yang tinggi disebabkan caj tambahan yang dikenakan institusi berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Rembia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media semalam mengenai harga lesen memandu di negara ini yang semakin membebankan.


Mengulas lanjut, Wan Ahmad Uzir berkata, kebiasannya caj tambahan dikenakan apabila institusi memandu perlu mengambil dan menghantar pelajar ke sesuatu destinasi dan sebarang caj tambahan perlu diperincikan pihak institusi berkenaan.

Beliau berkata, pelanggan berhak untuk membuat aduan sekiranya caj tambahan yang dikenakan tidak relevan atau diselindungi.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 452,166 kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) direkodkan dalam tempoh 15 April 2017 hingga 7 Jan lepas.

Wan Ahmad Uzir berkata, kesedaran pengguna jalan raya terhadap dua kesalahan berkenaan yang direkodkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih rendah.

“Tujuan utama kita melaksanakan Awas adalah untuk meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dalam pemanduan mereka, tidak melanggar kesalahan jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan…bukan hanya untuk menghukum mereka semata-mata,” katanya.
Terdahulu, pada program berkenaan 221 peserta termasuk 12 Orang Asli dari daerah Alor Gajah mendapat lesen motosikal B2 menerusi program SKSJ.

Melalui program berkenaan warganegara Malaysia yang berusia 45 tahun ke atas dan Orang Asli berusia 21 tahun ke atas diberi peluang mendapatkan lesen B2 pada harga serendah RM180 berbanding harga yang ditetapkan institusi memandu. – Bernama




Demikianlah Artikel JPJ pantau caj, harga dapatkan lesen memandu

Sekianlah artikel JPJ pantau caj, harga dapatkan lesen memandu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JPJ pantau caj, harga dapatkan lesen memandu dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/jpj-pantau-caj-harga-dapatkan-lesen.html

Subscribe to receive free email updates: