Judul : Pembunuhan Altantuya: Deepak akan disoal
link : Pembunuhan Altantuya: Deepak akan disoal
Pembunuhan Altantuya: Deepak akan disoal
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada balu penyiasat persendirian, P Balasubramaniam - A Santamil Selvi - untuk menyoal penjual permaidani kontroversial Deepak Jaikishian berhubung samannya selepas keluarga itu terpaksa hidup dalam buangan selama lima tahun susulan pembunuhan Altantuya Shaariibu.
Deepak yang hadir di mahkamah memberitahu pemberita kemudiannya bahawa beliau akan menjadi saksi pada 2 Mac dan berharap "untuk memberitahu kebenaran yang akhirnya akan membebaskan dirinya."
"Saya akan memberitahu apa yang berlaku dalam tempoh itu dari kes di Mahkamah Persekutuan dan sekarang. Saya akan bercakap tentang kebenaran," katanya.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan membenarkan permohonan Santamil di kamarnya selepas Deepak mengarahkan bantahan sebelum ini yang dibuatnya ditarik semula.
"Mahkamah kemudian menetapkan 2 Mac untuk Deepak untuk disoal di kandang saksi,” kata peguam Santamil, Damian Chan.
Santamil mendakwa anggota keluarganya secara salah dibuang ke luar negara pada 2008 selepas pendedahan Balasubramaniam berkaitan dua akuan bersumpah Altantuya.
Keluarga Balasubramaniam mendakwa mereka rugi dan hilang pendapatan susulan hidup dalam buangan antara 2008 hingga awal 2013.
Deepak pada tahun 2012 memberitahu bahawa Najib dan ahli keluarganya mempunyai peranan dalam tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah asalnya yang membabitkan Najib dalam skandal dengan Altantuya. ~ Malaysiakini
Menurut pengakuan Deepak, beliau telah diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam supaya beliau menarik balik surat sumpahnya yang pertama itu.Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan.
Bala telah dipaksa untuk menandatangami surat sumpah ke 2 dan harus melarikan diri ke luar negara. Untuk itu, Deepak menjanjikan RM5juta kepada P Balasubramaniam.
Deepak memberitahu Bala supaya berada di luar negara sehinga Najib menjadi Perdana menteri.
Bala hanya terima kira-kira RM750,000 sahaja daripada Deepak menyebabkan beliau tidak berpuashati. Keluarga Najib menyalahkan Deepak kerana mungkir janji.
Menurut Deepak Najib pernah menghantar 50 orang penguatkuasa ke pejabat, rumah dan kilangnya.
"Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar & menutup cerita sebenar SD," cerita Deepak.
Bala mengakui bahawa surat sumpahnya yang pertama itu benar.Beliau telah dipaksa untuk menandatangani surat sumpah ke 2.
Oleh sebab risau akan keselamatan diri dan keluarganya , tanpa membaca isi kandungan surat sumpah ke 2, Bala terus menandatanganinya. Baca lagi di sini

Demikianlah Artikel Pembunuhan Altantuya: Deepak akan disoal
Sekianlah artikel Pembunuhan Altantuya: Deepak akan disoal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pembunuhan Altantuya: Deepak akan disoal dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/02/pembunuhan-altantuya-deepak-akan-disoal.html