Judul : Nota Sepang 3-Komentar yang jadi bahan gelak!
link : Nota Sepang 3-Komentar yang jadi bahan gelak!
Nota Sepang 3-Komentar yang jadi bahan gelak!
1. Saya rasa amat lucu apabila membaca kenyataan seorang menteri parti sarkas yang juga pimpinan tertinggi parti itu yang mendakwa tiada bukti kapal layar mewah yang disita dan dirampas oleh Pihak Berkuasa Indonesia adalah milik Jho Low.
2. Jika nak bela seseorang pun YB, berpada- pada lah. Janganlah sampai jadi bahan lawak YB
3. Baiklah, katakan YB betul. Isunya kenapakah Jho Low sendiri tidak mahu keluar dari persembunyian dan menafikan secara jelas yang kapal layar mewah, yang dikatakan berharga $US 250 juta itu dan juga dikatakan dibeli dengan wang 1MDB itu , bukan milik beliau ? Kenapa YB pula yang sibuk nak jadi "spokeperson" Jho Low pula?
4. Jika kapal layar itu bukan milik Jho Low , maka saya cadangkan agar Menteri parti sarkas ini pergilah nasihati Jho Low supaya keluar dari persembunyiannya dan menafikan kapal layar mewah itu adalah milik beliau dan tegaskan juga yang dia akan saman fitnah mana-mana pihak yang kaitkan pemilikan kapal layar mewah yang difaftar di Pulau Cayman itu dengan beliau. Itu caranya YB.
5. Lagi satu, bagi saya, kenyataan Menteri itu seolah-olah menganggap pihak yang rampas kapal "Equanimity" di Bali itu tak tahu apa yang mereka buat .Sedangkan menurut Pengarah Jenayah Ekonomi dan Jenayah Khas Indonesia, Agung Setya, rampasan itu dibuat setelah mendapat restu, perkenan, persetujuan dan/atau perintah Mahkamah di negara itu terlebih dahulu.
6. Bila dapat perintah Mahkamah, logiknya ada permohonan telah dibuat terlebih dahulu. Dan logiknya juga telah dikemukakan juga bukti pemilikan kapal itu dengan Jho Low dan kaitan kapal itu dan Jho Low sekali dengan IMDB dan seterusnya kaitan IMDB, Jho Low dan kapal itu dengan saman DoJ. Nampak tak YB ? Itulah mekanisme proses perundangan di Mahkamah di seluruh dunia YB sebelum seorang hakim itu keluarkan perintah benarkan kapal itu dirampas. Jika kita tak cerdik, jangan ingat orang lain pun tak cerdik juga.
7. Sekarang ini, yang jelas kapal mewah itu telah dikaitkan di dalam saman sivil DoJ ( dan juga dah jadi kes jenayah ) ada kaitan dengan Jho Low ( didakwa sebagai ringleader ), ada kaitan dengan duit 1MDB dan duit itu telah didakwa disalahgunakan-langgar undang-undang di USA.
8. Baik Kerajaan atau Jho Low selalu bising kata dakwaan dalam saman DoJ itu belum dibuktikan. Ya lah.. belum bicara . Tapi, itu bukan bermakna orang yang namanya dikaitkan dengan penyalahgunaan wang 1MDB seperti Jho Low itu wajar duduk diam dan ber"wirid" dakwaan DoJ belum dibuktikan.
9. Bertindaklah..pakai khidmat peguam dan cabar di Mahkamah di US tentang dakwaan dalam saman itu tak betul dan pohon dibatalkan saman itu. Bila saman dibatalkan habislah cerita 1MDB di US itu. Itu caranya YB.
10. Begitu juga Kerajaan atau 1MDB juga boleh bertindak seperti di atas sebab saman DoJ itu jelas sebut nama 1MDB dan bagaimana wang badan itu telah disalahgunakan.
11. Lihatlah orang yang ada maruah dan "human dignity" seperti model Australia, Miranda Kerr yang pernah dikatakan ber"hibur" ( excursion ) di kapal itu dan dihadiahkan barang kemas di kapal itu antaranya. Model itu pulangkan hadiah mewah itu bila dapat tahu ia dibeli dengan wang 1MDB!
12.Jika tak mahu buat semua itu YB, lebih baik YB kunci mulut kamu YB.
13. Begitu juga, yang sebelum ini puas hati dengan penerangan 1MDB dalam masa 2 jam pun tak perlu lah nak tumpang sekaki mengomen isu ini..digusting lah. Allah lebih tahu.
YB Sepang. ~ sumber
Demikianlah Artikel Nota Sepang 3-Komentar yang jadi bahan gelak!
Sekianlah artikel Nota Sepang 3-Komentar yang jadi bahan gelak! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nota Sepang 3-Komentar yang jadi bahan gelak! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/03/nota-sepang-3-komentar-yang-jadi-bahan.html