Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar

Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar
link : Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar

Baca juga


Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar


Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Harapan akan menunaikan satu daripada 31 janji yang ditawarkan kepada rakyat Perak, iaitu pemberian air percuma kepada golongan sasaran.
Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata proses perbincangan bersama pentadbiran yang berkaitan sedang dibuat, termasuk dengan Lembaga Air Perak (LAP).
“Kami dapati ada ruang luas yang mencukupi untuk kami laksanakan dalam masa terdekat.
“Jadi kami akan tentukan definisi yang lebih jelas mengenai kumpulan sasaran yang akan merasai nikmat pemberian air percuma itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama kariah di Masjid Jamek Ar-Rahmaniah, Chenderiang, Tapah malam ini.
Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata tawaran tersebut akan dilaksanakan dalam 100 hari pertama, namun mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri.
Jelas beliau, pihaknya mempunyai keyakinan penuh terhadap LAP untuk melaksanakan satu daripada manifesto Pakatan Harapan negeri itu ketika Pilihan Raya Umum ke-14.
Dalam pada itu mengulas mengenai tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Manjoi yang membantah penjualan minuman keras di sebuah pasar raya baru-baru ini, Ahmad Faizal menasihati NGO terbabit agar mengikut saluran yang disediakan dan bukannnya bertindak bersendirian bagi mengelakkan masalah lain timbul.
“Saya faham dengan sentimen dan emosi NGO itu memandangkan Kampung Manjoi merupakan Kampung Melayu terbesar dalam negara.
“Namun begitu, saya berpendapat perkara ini boleh disalurkan kepada pihak kerajaan dan boleh kita mengadakan rundingan dengan pihak pengusaha pasar raya,” katanya.

Khamis lepas, sekumpulan individu mendatangi sebuah pasar raya dan meminta pekerja premis itu berkenaan mengosongkan peti sejuk yang mengandungi minuman keras.

Menteri Besar itu yang juga Anggota Parlimen Tambun turut menasihatkan pengusaha pasar raya yang beroperasi di kawasan majoriti Melayu agar lebih sensitif dengan masyarakat sekeliling mereka.

Bernama ~ Malaysiakini


Demikianlah Artikel Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar

Sekianlah artikel Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perak akan laksana air percuma pada golongan sasar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/05/perak-akan-laksana-air-percuma-pada.html

Subscribe to receive free email updates: