Judul : Anwar Sedia Tunggu Sikit Lagi Selepas Dua Dekad Menunggu
link : Anwar Sedia Tunggu Sikit Lagi Selepas Dua Dekad Menunggu
Anwar Sedia Tunggu Sikit Lagi Selepas Dua Dekad Menunggu
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedia menunggu enam bulan lagi sebelum mengambil alih sebagai Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dan yakin beroleh sokongan mencukupi di Parlimen bagi tujuan itu.
Dr Mahathir mengetuai gabungan Pakatan Harapan (PH) dan menang besar pada pilihan raya umum Mei 2018, menerusi kerjasama dengan beberapa musuh tradisi, termasuk Anwar, bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak yang kini berdepan tuduhan rasuah berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dr Mahathir sebelum ini berjanji untuk menyerahkan portfolio Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh dua tahun selepas pilihan raya, namun mengubah pendirian untuk kekal sebagai Perdana Menteri, sekurang-kurangnya hingga November ini, bagi menganjurkan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Pemimpin berusia 94 tahun itu turut berkata, Anwar perlu memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen untuk membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.
“Sudah menunggu selama 20 tahun, lanjutan enam bulan lagi bukan satu masalah.
“Jika ada permintaan untuk kembali ke Parlimen, sudah pasti ia boleh dilakukan, namun PH memiliki kuasa majoriti ketika ini. Walaupun bukan anggota PH, sebahagiannya akan menyokong Perdana Menteri.
“Saya juga diberi jaminan itu. Mereka menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, dan akan meneruskan sokongan itu apabila saya dilantik,” katanya dalam wawancara dengan Reuters hari ini.
Beliau turut menyuarakan keyakinan akan menerima sokongan semua rakan sekutu gabungan PH, sama seperti yang diberi kepada Dr Mahathir.
Anwar sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam tempoh 22 tahun Dr Mahathir menyandang portfolio Perdana Menteri keempat, namun dipecat selepas terbabit dalam pertelingkahan susulan Krisis Kewangan Asia.
Menurut Anwar, beliau sedia melupakan kisah silam yang penuh kepahitan dan sanggup memberi ruang kepada Dr Mahathir untuk meneruskan sumbangan memajukan negara, selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.
“Kehadiran beliau akan membantu meningkatkan keyakinan ramai dan menyumbang kepada kestabilan serta keamanan negara.
“Tidak akan wujud sebarang perbezaan ketara dalam dasar politik. Akan wujud penekanan berbeza, namun atas kapasiti peribadi, saya mengalu-alukan kehadiran dan sumbangan beliau,” katanya.
Anwar juga memberitahu, akan berusaha memulihkan hubungan antara India dan Malaysia yang sedikit keruh selepas kritikan Dr Mahathir berhubung dua dasar baharu dilaksanakan New Delhi, yang menjejaskan dagangan minyak sawit antara kedua-dua negara lapor Berita Harian
Demikianlah Artikel Anwar Sedia Tunggu Sikit Lagi Selepas Dua Dekad Menunggu
Sekianlah artikel Anwar Sedia Tunggu Sikit Lagi Selepas Dua Dekad Menunggu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anwar Sedia Tunggu Sikit Lagi Selepas Dua Dekad Menunggu dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/02/anwar-sedia-tunggu-sikit-lagi-selepas.html