Pakatan Nasional Hanya Polemik Politik....

Pakatan Nasional Hanya Polemik Politik.... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pakatan Nasional Hanya Polemik Politik...., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pakatan Nasional Hanya Polemik Politik....
link : Pakatan Nasional Hanya Polemik Politik....

Baca juga


Pakatan Nasional Hanya Polemik Politik....


Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa mengakui pembangkang pernah membincangkan isu pembentukan kerajaan baru sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan dalam pemerintahan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Tetapi, katanya, pembentukan kerajaan baru melalui Pakatan Nasional hanya polemik politik kerana 5 parti dalam PH masih bekerjasama erat.

“Besar kemungkinan polemik ini sebenarnya berpunca daripada berlakunya beberapa ‘perbincangan’ tertutup di kalangan Umno, khususnya menjelang mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) esok.

“Sebenarnya memang pernah ada diskusi, tapi segala ‘perbincangan’ ini masih bersifat ‘brainstorms’ dan dianggap di peringkat awal dan spekulatif, satu persiapan menghadapi kebarangkalian.

“Selagi PH kekal sebagai satu ‘coalition’ yang telahpun berjaya membentuk kerajaan berikutan mandat yang diberikan rakyat pada PRU14 lalu, selama itulah teori-teori Pakatan Nasional ini hanyalah satu teka-teki dan polemik politik,” katanya dalam catatan Facebook malam ini.

Beliau mengulas spekulasi pakatan politik baru bergelar Pakatan Nasional antara PPBM pimpinan Dr Mahathir Mohamad dengan PAS dan Umno yang menjalin kerjasama politik melalui inisiatif Muafakat Nasional.

Annuar berkata, pembentukan kerajaan baru hanya mungkin berlaku jika PH gagal kekal sebagai sebuah gabungan.

“Melainkan perdana menteri sememangnya mempunyai rancangan lain setelah melihat PH gagal atau anggotanya menimbulkan mudarat kepada kepentingan nasional seperti yang pernah disebut beliau suatu ketika dulu, iaitu beliau (Mahathir) tidak teragak-agak meninggalkan PH kalau ahlinya bertindak bertentangan dengan kepentingan nasional.”

Beliau percaya Mahathir masih mempunyai mandat dan sokongan mencukupi untuk terus menjadi perdana menteri.

“Walaupun PH ada rancangan menggantikan Mahathir dengan Anwar (Ibrahim), perkara itu sebenarnya tidak boleh dilakukan, melainkan tertakluk kepada keperluan syarat dalam Perlembagaan, iaitu Anwar memerlukan sokongan mencukupi daripada ahli Dewan Rakyat.

“Masalahnya sekarang dikhuatiri Anwar tidak mempunyai bilangan yang cukup untuk menggantikan Mahathir.

“Sekiranya perdana Menteri (Mahathir) pula kehilangan sokongan daripada PH, ia tetap kekal sebagai perdana menteri sekiranya cukup bilangan ahli Parlimen daripada blok pembangkang menyokong beliau bersama 25 ahli Parlimen PPBM dan beberapa orang daripada fraksi PKR, agaknya dari situlah timbulnya isu kemungkinan wujud satu muafakat atau ‘coalition’ baru.”

Katanya, keutamaan pembangkang ketika ini menerusi Muafakat Nasional ialah memastikan kerajaan mampu menguruskan negara dengan baik.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut mengulangi pendirian Umno tidak akan menyokong atau bekerjasama dengan pihak yang bersama DAP.

“Sekiranya tiada DAP, barulah Umno akan mengkaji, itupun mestilah cermat, berhati-hati dan tertakluk kepada syarat dan terma tertentu.”

Katanya, tidak mustahil gabungan baru dengan dasar bersesuaian aspirasi Barisan Nasional dan Muafakat Nasional dibentuk, tetapi ia bukannya kerajaan pintu belakang.

“Perkara inilah yang sememangnya masih boleh dan sedang dibincangkan.

“Hanya presiden Umno telah diberi mandat untuk berunding, jika ada keperluan. Namun, hanya MKT boleh membuat keputusan.” lapor FMT


Demikianlah Artikel Pakatan Nasional Hanya Polemik Politik....

Sekianlah artikel Pakatan Nasional Hanya Polemik Politik.... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pakatan Nasional Hanya Polemik Politik.... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/02/pakatan-nasional-hanya-polemik-politik.html

Subscribe to receive free email updates: