Ahli Majlis Tertimnggi UMNO Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid Hamidi

Ahli Majlis Tertimnggi UMNO Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid Hamidi - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Majlis Tertimnggi UMNO Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid Hamidi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Majlis Tertimnggi UMNO Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid Hamidi
link : Ahli Majlis Tertimnggi UMNO Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid Hamidi

Baca juga


Ahli Majlis Tertimnggi UMNO Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid Hamidi


AHLI Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam mengesahkan tidak akan menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kerana hilang kepercayaan terhadap Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, isu untuk membentuk gabungan bersama kerajaan Pakatan Harapan seperti mana dijelaskan Ahmad Zahid dalam mesyuarat jawatankuasa Muafakat Nasional tidak sepatutnya timbul kerana ia sudah diputuskan dalam perhimpunan Agung parti.

Katanya, dia berpendirian bahawa MKT tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan mengenai perkara itu sebaliknya ahli parti yang boleh berbuat demikian.

“Bagaimanapun, menerusi maklumat yang saya ada, kemungkinan perkara ini (keputusan bergabung) akan ditunda kerana mendapat tentangan yang besar dari ahli kebelakangan ini.

“Sudah sampai masanya ahli UMNO tidak menjadi pak turut. Saya sendiri tidak mahu menjadi ‘rubber stamp’ di dalam MKT dengan hanya bersetuju saja. Ahli sudah memberi pandangan yang jelas melalui media sosial yang ada,” katanya kepada Harian Metro.

Mengenai kedudukannya, Lokman yang juga Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan berkata, dia menjangkakan bahawa akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti dan dikenakan tindakan, namun jika dipecat, beliau menganggapnya sebagai satu penghormatan dalam berjuang.

“Saya pernah dipecat dari UMNO pada 6 Oktober 1998, dan dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat juga. Kalau kena pecat sekali lagi, tak ada kesan kepada saya malah jadi lebih mudah untuk saya menegur Pakatan Harapan termasuk sekutunya yang jadi gunting dalam lipatan di dalam UMNO,” katanya.

Mesyuarat MKT akan berlangsung petang ini dijangka membincangkan hala tuju UMNO, Muafakat Nasional serta kedudukan Lokman di dalam parti lapor MyMetro


Demikianlah Artikel Ahli Majlis Tertimnggi UMNO Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid Hamidi

Sekianlah artikel Ahli Majlis Tertimnggi UMNO Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid Hamidi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Majlis Tertimnggi UMNO Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid Hamidi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/02/ahli-majlis-tertimnggi-umno-hilang.html

Subscribe to receive free email updates: