Insiden doktor dikasari, MMA gesa polis mohon maaf

Insiden doktor dikasari, MMA gesa polis mohon maaf - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Insiden doktor dikasari, MMA gesa polis mohon maaf, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Insiden doktor dikasari, MMA gesa polis mohon maaf
link : Insiden doktor dikasari, MMA gesa polis mohon maaf

Baca juga


Insiden doktor dikasari, MMA gesa polis mohon maaf

Bernama 


Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa polis memohon maaf berhubung insiden seorang doktor lelaki dikasari sepasukan polis di Hospital Serdang pada 7 Oktober lepas, lapor Bernama.

Presidennya, Dr John Chew dilaporkan Bernama sebagai berkata Dr R Thanendran menjadi mangsa kesilapan polis selepas beliau melarikan diri daripada anggota pasukan keselamatan itu ketika diarahkan berhenti.

"Kami mahukan permohonan maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan, walaupun selama ini kami berdiam diri kerana semua doktor berhati mulia.

"Bagaimanapun, tiada permohonan maaf yang dikemukakan. Kami faham dengan kekesalan yang diluahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Namun MMA tetap membantah kenyataan itu dan kekal dengan pendirian Kementerian Kesihatan untuk memastikan keselamatan pegawai kesihatannya dalam premis mereka," kata Dr Chew.

Kelmarin, Khalid menyatakan kekesalannya dalam insiden di mana Pasukan Khas Unit Jenayah Terancang mengasari seorang pegawai perubatan di Hospital Serdang.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan polis tidak akan memohon maaf atas insiden itu dan mempertahankan pasukan tersebut yang telah melakukan tugas dengan betul.

"Pasukan Khas itu sedang memburu suspek bersenjata dan mereka perlu menjalankan tugas dan mempunyai cara tersendiri mengendalikan penjenayah. Doktor itu berlari ketika diminta berhenti.

"Apabila anda diminta berhenti, anda perlu berhenti," kata Khalid.- Bernama



Demikianlah Artikel Insiden doktor dikasari, MMA gesa polis mohon maaf

Sekianlah artikel Insiden doktor dikasari, MMA gesa polis mohon maaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Insiden doktor dikasari, MMA gesa polis mohon maaf dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/insiden-doktor-dikasari-mma-gesa-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :