Belanjawan 2021 Lulus Di Peringkat Dasar, Kerajaan Muhyiddin Selamat..

Belanjawan 2021 Lulus Di Peringkat Dasar, Kerajaan Muhyiddin Selamat.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Belanjawan 2021 Lulus Di Peringkat Dasar, Kerajaan Muhyiddin Selamat.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Belanjawan 2021 Lulus Di Peringkat Dasar, Kerajaan Muhyiddin Selamat..
link : Belanjawan 2021 Lulus Di Peringkat Dasar, Kerajaan Muhyiddin Selamat..

Baca juga


Belanjawan 2021 Lulus Di Peringkat Dasar, Kerajaan Muhyiddin Selamat..



Belanjawan 2021 lulus sebulat suara untuk bacaan untuk kali kedua di peringkat jawatankuasa.

<!--more-->Belanjawan 2021 akan dibahaskan di peringkat jawatankuasa Isnin 30 November bermula dengan Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. 

Cubaan Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena) memohon untuk undi belah bahagi gagal apabila tidak ramai daripada blok pembangkang yang lain bangun untuk menyokong usulnya. 

Hanya 13 ahli Parlimen yang berdiri untuk menyokong cadangan Mahfuz selepas semakan dibuat oleh kakitangan Dewan Rakyat.

Pengundian hari ini adalah langkah pertama yang perlu dilalui belanjawan kerajaan Perikatan Nasional.

Selepas ini ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan yang akan bermula Isnin 30 November untuk diundi sekali lagi sebelum diluluskan.

Sebelum itu, berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang ketika Zafrul menggulung perbahasan.

Antaranya Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) yang berterusan menganggu sehingga Speaker termasuk memintanya memberikan laluan kepada menteri untuk menjawab.

Hanya 13 ahli Parlimen yang berdiri untuk menyokong cadangan Mahfuz selepas semakan dibuat oleh kakitangan Dewan Rakyat. “Ini kelakuan yang memalukan. Kita sedang berbahas belanjawan. Semua rakyat nampak kelakuan kita,” kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Pelbagai spekulasi termasuk kemungkinan Belanjawan 2021 ditolak atau berdepan pengundian membabitkan kesemua ahli Parlimen yang pada ketika ini seramai 220 orang selepas kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi dan Gerik.

Sebelum ini Tengku Razaleigh Hamzah (Umno-Gua Musang) membuat keputusan tidak mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2021 dipercayai berpunca rasa tidak puas hati terhadap Speaker berhubung usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin.

Penggulungan menteri kewangan mengambil masa kira-kira satu jam menjadi tumpuan orang ramai kerana bimbang kemungkinan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan ditolak.

Kerajaan PN diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengambil alih Putrajaya pada Mac lalu selepas kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah selama 22 bulan tumbang.

Kerajaan PN yang mempunyai majoriti 114 kerusi Parlimen dibentuk dengan kerjasama Barisan Nasional, Bersatu, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

Sebanyak RM322.5 bilion diperuntukkan di bawah belanjawan berkenaan untuk perbelanjaan negara tahun hadapan.

Sebelum ini 82 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar selama lapan hari selepas Belanjawan 2021 dibentang Zafrul pada 6 November lalu.

Selepas kelulusan ini, Belanjawan 2021 akan dibahaskan di peringkat jawatankuasa dan akan dibentangkan untuk bacaan kali ketiga pada 15 Disember untuk kelulusan penuh bagi membolehkan Belanjawan 2021 itu dibawa untuk dibahas dan diluluskan Dewan Negara.

Berikut adalah senarai ahli Parlimen yang bangun sebagai percubaan untuk membuat undi belah bahagi Belanjawan 2021 bersama Mahfuz:

Sila lihat di SINI


Demikianlah Artikel Belanjawan 2021 Lulus Di Peringkat Dasar, Kerajaan Muhyiddin Selamat..

Sekianlah artikel Belanjawan 2021 Lulus Di Peringkat Dasar, Kerajaan Muhyiddin Selamat.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Belanjawan 2021 Lulus Di Peringkat Dasar, Kerajaan Muhyiddin Selamat.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/11/belanjawan-2021-lulus-di-peringkat.html

Subscribe to receive free email updates: