Judul : Berhenti Buang Masa Kejar Bayang-bayang...
link : Berhenti Buang Masa Kejar Bayang-bayang...
Berhenti Buang Masa Kejar Bayang-bayang...
<!--more-->Dua pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) itu menggesa agar gabungan itu tidak mengharapkan ahli-ahli Parlimen kerajaan untuk kembali berkuasa, satu kenyataan yang dilihat menyelar tindakan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang cuba mendapatkan sokongan ahli Parlimen UMNO.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, kekalahan tipis gabungan itu dalam pengundian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Selasa seharusnya dilihat sebagai peluang untuk bekerjasama dengan parti pembangkang di luar PH.
“Undian Belanjawan pada hari Selasa mengajar kita untuk tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang lebih daripada 111 ahli Parlimen dengan berdasarkan hanya 92 ahli Parlimen PH. Andai kata berdasarkan 108 ahli Parlimen PH Plus betapa kuat laginya,” kata Lim dan Mohamad dalam satu kenyataan hari ini.
Kedua-dua pemimpin PH itu berkata, Anwar gagal untuk mendapatkan sokongan daripada ahli Parlimen kerajaan seperti didakwanya bagi memastikan Belanjawan 2021 dapat digagalkan di peringkat bacaan ketiga di Dewan Rakyat pada Selasa.
“Tidak ada satu pun ahli Parlimen kerajaan yang mengundi bersama Pakatan Harapan (PH), termasuk mereka yang kononnya menyokong Anwar. Jelas ahli Parlimen kerajaan ini sangat pandai dengan permainan politik untuk mengaut kelebihan dan meraih keuntungan daripada kerajaan PN,” katanya.
PH seharusnya tidak membuang masa dengan ahli Parlimen kerajaan yang oportunis, dan hanya memperalatkan PH demi kepentingan peribadi mereka sendiri agar memperolehi tawaran yang lebih lumayan daripada kerajaan PN kata mereka
“Sekarang mesti ada anjakan politik baru untuk fokus kepada membangunkan pakatan pembangkang yang lebih bersatu yang dapat bertanding sebagai satu pasukan dalam pilihan raya akan datang.
“Pemimpin PH mesti mengenepikan bebanan lampau supaya PH dapat berkembang menjadi PH Plus dengan kekuatan hebat 108 ahli Parlimen. Dengan 108 ahli Parlimen PH Plus sebagai pakatan yang mantap, apa-apa sahaja kemungkinan boleh berlaku kelak,” kata kenyataan itu.
Demikianlah Artikel Berhenti Buang Masa Kejar Bayang-bayang...
Sekianlah artikel Berhenti Buang Masa Kejar Bayang-bayang... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Berhenti Buang Masa Kejar Bayang-bayang... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/12/berhenti-buang-masa-kejar-bayang-bayang.html