Apa Kata Anwar Ibrahim Setelah Belanjawan 2021 Diluluskan??

Apa Kata Anwar Ibrahim Setelah Belanjawan 2021 Diluluskan?? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa Kata Anwar Ibrahim Setelah Belanjawan 2021 Diluluskan??, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa Kata Anwar Ibrahim Setelah Belanjawan 2021 Diluluskan??
link : Apa Kata Anwar Ibrahim Setelah Belanjawan 2021 Diluluskan??

Baca juga


Apa Kata Anwar Ibrahim Setelah Belanjawan 2021 Diluluskan??

 


Beberapa minit selepas media AS mengisytiharkan kemenangan Biden, Trump menolak keputusan itu dan bertegas mahu membuktikan siapa pemenang sebenar di mahkamah. 

<!--more-->Biden dilaporkan menang pilihan raya presiden AS ke-46 dengan memperoleh 284 undi elektoral manakala pencabarnya, Trump dari Republikan hanya meraih 214 undi elektoral. 

"Fakta mudah yang jelas, pilihan raya ini masih belum berakhir. Undian yang sah penentu siapa menjadi Presiden, bukan berita dari media," katanya menerusi kenyataan yang jelas masih enggan menerima keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) yang memihak kepada calon Demokrat, Joe Biden. 

Trump sebelum ini telah berkata, pasukan kempennya akan merujuk ke mahkamah pada Isnin bagi memastikan undang-undang pilihan raya ditegakkan dan pemenang sebenar dapat ditentukan. 

Beliau mengharapkan pengiraan semula undi di negeri yang Biden hanya memenangi beberapa ribu undi saja sambil merujuk Pennsylvania, negeri yang dikatakan dipenuhi dengan undi tidak sah.

Itu alasan Donald Trump bila dah kalah.. 

Berikut pula adalah kenyataan (alasan) dari Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim bila undi belah bagi yang dijalankan setelah bacaan kali ketiga tetap gagal menolak Belanjawan 202..

Katanya..

Meski Belanjawan 2021 berjaya diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, masih terdapat banyak perkara dan butir-butir di dalam belanjawan yang tidak dihiraukan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Atas sebab ini juga pembangkang sepakat untuk membantah belanjawan tersebut.

Belanjawan itu juga terdapat banyak kelemahan, dan ini telah dibukti dan diperdebatkan secara terperinci di Dewan Rakyat oleh ahli-ahli Parlimen. Belanjawan 2021 mencerminkan betapa kerajaan PN hanya mengutamakan hayat politik mereka lebih dari kebajikan dan keterdesakan hidup rakyat.

Semasa perbahasan belanjawan di peringkat jawatankuasa, terdapat ramai ahli Parlimen dari pelbagai parti politik yang telah menyuarakan kebimbangan terhadap pelbagai isu mustahak, terutamanya isu pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kurangnya jala keselamatan melibatkan warga yang tidak punyai simpanan KWSP, peruntukan yang melampau tinggi sebanyak RM40.5 juta kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) dan tujuan dana tersebut diperuntukkan, apakah ia digunakan untuk tujuan politik dan sebagainya, dan juga peruntukan yang tidak mencukupi kepada para peniaga yang kini sedang terhimpit.

Walaubagaimanapun, oleh kerana kerajaan PN telah mengaitkan kononnya gaji dan prestasi penjawat awam akan terkesan sekiranya belanjawan tidak diluluskan, maka terdapat sejumlah ahli Parlimen memilih untuk mendukung belanjawan tersebut dan sebagai solidariti ke atas jutaan penjawat awam yang turut terkesan di era ekonomi pandemik ini, meski belum tentu mereka bersetuju dengan kerajaan PN.

Adalah dikesalkan juga tatkala terdapat beberapa orang ahli Parlimen yang telah menyatakan pandangan keras terhadap beberapa isu sebelum ini telah mengundi untuk menyokong belanjawan tersebut.

Penurunan penarafan Malaysia oleh Fitch Ratings baru-baru ini juga menunjukkan betapa lemahnya prestasi pengurusan ekonomi negara, dan tahap tatakelola yang membimbangkan. Kita sedang kembali ke era gelap di mana kerajaan akan terus menginjak prinsip ketelusan, tatakelola yang baik dan pengurusan dana yang cekap.

Prestasi dan markah tatakelola Malaysia turut melemah pada tahun ini, seperti yang dilaporkan Bank Dunia, dan dijangka aspek lain seperti indeks rasuah dan kebebasan media akan turut merudum.

Keyakinan daripada para pelabur akan turut terkesan, dan berkemungkinan negara-negara serantau akan meninggalkan kita dalam pelbagai lapangan, terutamanya sektor ekonomi dan pembangunan.

Saat negara sedang memerlukan suatu anjakan baru tentang bagaimana harus kita bangkit dari suasana ekonomi pandemik seperti hari ini, PN telah membuktikan bahawa ia tidak berkeupayaan untuk menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

Kerajaan PN akan terus berdepan dengan masalah keyakinan, dan ini telah dibuktikan hari ini apabila ia hanya berjaya mempunyai tidak lebih dari 112 sokongan.

Kerajaan lemah seperti ini akan terus tunduk kepada watak-watak rakus yang berkepentingan dan kebajikan rakyat akan terus dikorbankan.

ANWAR IBRAHIM




Seorang penganalisis politik melihat Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat jawatankuasa sebagai isyarat Anwar Ibrahim sudah sampai ke penghujung jalan dalam usahanya menjadi perdana menteri seterusnya. 

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan memberitahu , ia kini menunjukkan sokongan diraih ketua pembangkang itu terhad kepada 108 Ahli Parlimen yang mengundi menolak belanjawan itu.

Kata ada strong, formidable, convincing numbers... mananya??


Demikianlah Artikel Apa Kata Anwar Ibrahim Setelah Belanjawan 2021 Diluluskan??

Sekianlah artikel Apa Kata Anwar Ibrahim Setelah Belanjawan 2021 Diluluskan?? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa Kata Anwar Ibrahim Setelah Belanjawan 2021 Diluluskan?? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/12/apa-kata-anwar-ibrahim-setelah.html

Subscribe to receive free email updates: