SD Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai, Dr Mahathir Kata

SD Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai, Dr Mahathir Kata - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SD Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai, Dr Mahathir Kata, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SD Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai, Dr Mahathir Kata
link : SD Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai, Dr Mahathir Kata

Baca juga


SD Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai, Dr Mahathir Kata


Semalam Dr Mahathir Mohamad berkata dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim memiliki sokongan dalam bentuk akuan berkanun (SD) tidak memberikan apa-apa makna kerana tidak boleh diambil kira dalam keputusan menjatuhkan atau membentuk kerajaan baru. 

<!--more-->Bekas perdana menteri itu berkata, yang paling penting ialah keputusan diambil ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat. 

“Apa yang diambil kira adalah apa yang berlaku di dalam Parlimen. Tetapi, adakah wakil rakyat mahu melakukan sesuatu terhadap negara ini?” katanya pada sidang media bersama Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah di Kuala Lumpur semalam. 

Ahli Parlimen Langkawi itu mengulas apabila ditanya pemberita tentang laporan yang mengatakan Anwar memiliki kira-kira 120 SD sebagai percubaan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. 

“Dulu, saya juga mendapat SD, Amanah kata sokong saya, semua kata sokong saya. Tapi saya tak menang (jadi perdana menteri semula). 

“Kami bukan berada di bawah kawalan beliau.” 

“Jadi, SD ni tak boleh pakai,” katanya merujuk kepada kemelut politik yang berlaku selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang susulan peletakan jawatan beliau sebagai perdana menteri pada Februari lalu. 

Bagaimanapun, Mahathir berkata esok (hari ini) akan menjadi penentuan sama ada Anwar benar-benar memiliki sokongan majoriti seperti yang disebut-sebut sejak beberapa hari lalu. 

Esok undian bagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 untuk bacaan kali ketiga dijadualkan di Dewan Rakyat. 

Dalam pada itu, Mahathir menegaskan kedudukan Anwar selaku ketua pembangkang tidak bermakna beliau berhak memberi sebarang arahan dan perintah kepada ahli Parlimen blok pembangkang di Dewan Rakyat. 

“Kami bukan berada di bawah kawalan beliau.” 

Mahathir berkata, Anwar hanya dinamakan sebagai ketua pembangkang dan jawatan itu tidak memberikan beliau kuasa untuk mengarah mana-mana pihak. 

“Kami boleh lakukan apa yang kami mahu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen. Saya tak perlu meletakkan sokongan dan taat setia saya kepada ketua pembangkang,” katanya lapor MalaysiaNow

Dan hari ini....

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 selepas bacaan ketiga. 

Ia dijalankan melalui undi belah bahagi selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz yang menyaksikan 111 ahli parlimen menyokong, dan 108 MP menentang, dengan seorang lagi tidak hadir. 

Terdahulu, cubaan ahli parlimen blok pembangkang untuk menggagalkan rang undang-undang tersebut ketika selesai penggulungan peringkat jawatankuasa, juga tidak berhasil. 

Ia menyaksikan keputusan sama iaitu 111-108, dengan satu ahli parlimen tidak hadir.

Lapon penuh sila baca di SINI 

Jadi... Adakah Anwar benar-benar memiliki sokongan majoriti seperti yang disebut-sebut sejak beberapa hari lalu??



Demikianlah Artikel SD Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai, Dr Mahathir Kata

Sekianlah artikel SD Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai, Dr Mahathir Kata kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SD Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai, Dr Mahathir Kata dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/12/sd-dikumpul-anwar-tak-boleh-pakai-dr.html

Subscribe to receive free email updates: