Sampai Begitu Sekali Kamu Bodohkan Kami?

Sampai Begitu Sekali Kamu Bodohkan Kami? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sampai Begitu Sekali Kamu Bodohkan Kami?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sampai Begitu Sekali Kamu Bodohkan Kami?
link : Sampai Begitu Sekali Kamu Bodohkan Kami?

Baca juga


Sampai Begitu Sekali Kamu Bodohkan Kami?

 


Marah dan kecewa – itu perasaan yang diluahkan peneroka asal tanah ladang Kampung Gatco (Kampung Serampang Indah) Negeri Sembilan apabila mengetahui janji kepada mereka tidak ditunaikan.

<!--more-->Mereka mendakwa menyesal kerana ‘termakan’ janji manis ahli politik yang akhirnya mereka menjadi mangsa.

Salah seorang daripada mereka, K. Saraswathy yang tinggal di Kampung Gatco bersama keluarganya sebelum meneroka tempat itu dengan menanam tebu dan menoreh getah sejak awal 70-an.

Beliau tidak menyangka ahli-ahli politik yang dahulunya pembangkang dan turut bersama-sama mereka berjuang mendapatkan hak tetapi membuat pusingan u selepas berada di tampuk kepimpinan.

“Tapi sekarang mereka (ahli politik itu) sudah berubah, dulu kata Barisan Nasional (BN) aniaya kami, minta kami beri semua undi kepada Pakatan Harapan (PH) kononnya isu Kampung Gatco dapat diselesaikan seperti mana tuntutan kami.

“Akhirnya apabila anda sudah berkuasa, apa yang kamu lakukan? Kamu lebih teruk daripada BN. Saya rasa seperti hendak pukul kepala saya dengan selipar sendiri kerana kebodohan kami mempercayai ahli politik,” katanya ketika ditemui pada sidang media di pejabat Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini.

Menurut Saraswathy, dahulu pemimpin-pemimpin PH menyakinkan mereka dengan tuntutan dibuat iaitu menuntut tanah empat ekar kepada peneroka asal dan dua ekar ditawarkan kepada penduduk yang mahu membelinya.

“Malah mereka semua sanggup melakukan demonstrasi bersama-sama kami terutamanya mereka yang menjadi Exco-Exco kerajaan negeri sekarang tetapi masa itu mereka tiada jawatan selain pembangkang.

“Ketika itu kamu bakar sentimen kami, bila polis kepung kawasan dan mula menggari kerana demonstarsi yang kami lakukan, kamu semua mara ke hadapan untuk ditangkap dan disumbat dalam jel, sanggup kena sepak terajang, hujan panas berlapar dan macam-macam lagi.

“Kami lega kerana ada pemimpin politik yang sanggup memahami kehendak kami, keperluan kami tapi bila sudah menang undi kami, kamu sampahkan kami? Sampai begitu sekali kamu bodohkan kami,” ujarnya.

Isu Kampung Gatco bukanlah sesuatu yang baharu sebaliknya sudah lama kerajaan BN kemudian digantikan dengan kerajaan PH yang diterajui oleh Datuk Seri Aminuddin Harun dari Pakatan Harapan.

Bagaimanapun pada tahun 2018, kerajaan negeri melalui salah seorang daripadanya Exconya, S. Veerapan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) telah mengumumkan pengagihan tanah untuk 170 peneroka.

Kata Veerapan yang turut dimuat naik dalam media bahasa Tamil itu menyebut kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan empat ekar dan dua ekar kepada peneroka yang setuju pada awalnya terlebih dahulu sebelum diikuti kumpulan lapan ekar dan empat ekar kepada penduduk yang mahu membelinya.

Ladang Gatco dengan tanaman getah dan sawit seluas 1,200 hektar di kampung itu milik Syarikat Gatco dan ditawarkan kepada penduduk untuk dimajukan melalui skim seperti tanah rancangan FELDA pada tahun 1970-an.

Bagaimanapun, pemilikan tanah bertukar tangan kepada pelbagai pihak sebelum dimiliki sebuah syarikat dan bersetuju bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah tanah di ladang berkenaan. -MalaysiaGazette


Demikianlah Artikel Sampai Begitu Sekali Kamu Bodohkan Kami?

Sekianlah artikel Sampai Begitu Sekali Kamu Bodohkan Kami? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sampai Begitu Sekali Kamu Bodohkan Kami? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/12/sampai-begitu-sekali-kamu-bodohkan-kami.html

Subscribe to receive free email updates: