Anwar Marah Dengan Kenyataan Media Mat Sabu Dan Guan Eng?

Anwar Marah Dengan Kenyataan Media Mat Sabu Dan Guan Eng? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Marah Dengan Kenyataan Media Mat Sabu Dan Guan Eng?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Marah Dengan Kenyataan Media Mat Sabu Dan Guan Eng?
link : Anwar Marah Dengan Kenyataan Media Mat Sabu Dan Guan Eng?

Baca juga


Anwar Marah Dengan Kenyataan Media Mat Sabu Dan Guan Eng?


Menurut sumber kenyataan bersama pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) tanpa pengerusinya, Anwar Ibrahim semakalm dikhabarkan menimbulkan kemarahan presiden PKR itu sehingga menyebabkan mesyuarat gabungan itu yang dijadualkan semalam dibatalkan.

<!--more-->Kenyataan dikeluarkan Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam dilihat sebagai kritikan keras terhadap Anwar berhubung beberapa pengumuman beliau sudah mendapat cukup sokongan untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Difahamkan, ketua pembangkang itu turut memarahi seorang pemimpin kanan PH kerana “disyaki” menyediakan deraf kenyataan bersama itu. 

“Anwar marah pemimpin itu di MP lounge selepas Mat Sabu dan Guan Eng keluarkan kenyataan yang mempersoalkan strategi politiknya untuk bekerjasama dengan ahli-ahli Parlimen Umno bagi menumbangkan Muhyiddin Yassin,” katanya, merujuk kepada tempat makan khas ahli-ahli Parlimen.

Menurut sumber lagi, Anwar mengatakan kenyataan bersama itu dikeluarkan tanpa berbincang dengan PH terlebih dahulu. 

“Disebabkan itu, Anwar batalkan mesyuarat PH,” katanya. 

Percubaan untuk menghubungi pemimpin kanan PH itu tidak berjaya. Semalam, Mohamad dan Lim mengatakan PH tidak perlu lagi membuang masa mengharapkan sokongan ahli-ahli Parlimen Umno untuk menumbangkan kerajaan PN. 

“Undian Belanjawan pada hari Selasa mengajar kita untuk tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang lebih daripada 111 ahli Parlimen dengan berdasarkan hanya 92 ahli Parlimen PH. Andai kata berdasarkan 108 ahli Parlimen PH Plus betapa kuat laginya,” kata Mohamad dan Lim dalam satu kenyataan semalam. 

Mohamad dan Lim juga menggesa PH untuk bekerjasama dengan parti pembangkang di luar gabungan itu, dipercayai merujuk kepada Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad dan Warisan pimpinan bekas ketua menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal. 

Satu sumber dari Amanah memberitahu , selepas Anwar gagal membuktikan beliau mempunyai sokongan “kukuh dan meyakinkan” seperti didakwanya apabila mengadap Yang di Pertuan Agong pada 13 Oktober, ramai pemimpin PH mula mempersoalkan kepimpinannya. 

“Yang paling melukakan hati pemimpin PH apabila Anwar senyap-senyap bekerjasama dengan Zahid dan Najib tanpa berbincang dengan pemimpin PH. 

“Apabila kami bertanya, Anwar kata dia perlu buat senyap-senyap untuk kembalikan mandat rakyat PH sebagai kerajaan, tengoklah sekarang berjaya ke?” kata sumber itu merujuk kepada kerjasama ahli Parlimen Port Dickson itu dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Laporan penuh sila baca di SINI


Demikianlah Artikel Anwar Marah Dengan Kenyataan Media Mat Sabu Dan Guan Eng?

Sekianlah artikel Anwar Marah Dengan Kenyataan Media Mat Sabu Dan Guan Eng? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Marah Dengan Kenyataan Media Mat Sabu Dan Guan Eng? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/12/anwar-marah-dengan-kenyataan-media-mat.html

Subscribe to receive free email updates: