Ku Nan Didapati Bersalah Terima Rasuah RM2 Juta

Ku Nan Didapati Bersalah Terima Rasuah RM2 Juta - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ku Nan Didapati Bersalah Terima Rasuah RM2 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ku Nan Didapati Bersalah Terima Rasuah RM2 Juta
link : Ku Nan Didapati Bersalah Terima Rasuah RM2 Juta

Baca juga


Ku Nan Didapati Bersalah Terima Rasuah RM2 Juta

 


RM2 juta berkenaan kekal dalam Tadmansori Holdings Sdn Bhd, yang ada kepentingan untuk Tengku Adnan, dan beliau tidak mengeluarkan wang itu untuk membiaya pilihan raya kecil berkenaan.

“Lagipun dia bukan bendahari UMNO,” katanya...


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor, didapati bersalah menerima rasuah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Chai Kin Kong, empat tahun lalu.

Dalam keputusan yang mengambil 20 minit untuk dibacakan, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan, berkata pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Mahkamah akan menetapkan hukuman selepas mendengar permohonan meringankan hukuman daripada peguam bela, Tan Hock Chuan, dan hujahan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.

Zaini berkata, selepas meneliti sepenuhnya bukti dikemukakan pendakwaan terhadap tertuduh, Tengku Adnan tidak dipertanggungjawabkan untuk mengumpul dana bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 2016.

“Lagipun dia bukan bendahari UMNO,” katanya.

Tambahan, katanya, dua saksi mereka-reka bukti untuk membantu kes pembelaan.

Beliau berkata, RM2 juta berkenaan kekal dalam Tadmansori Holdings Sdn Bhd, yang ada kepentingan untuk Tengku Adnan, dan beliau tidak mengeluarkan wang itu untuk membiaya pilihan raya kecil berkenaan.

“Dia menggunakan Tadmansori untuk menikmati hasil jenayah,” katanya sambil menambah bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

Menjawab dakwaan tertuduh bahawa ada konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya, Zaini menegaskan peguam negara mempunyai kuasa pendakwaan untuk mengemukakan tuduhan, dan mahkamah tiada peranan dalam hal itu.

Pada 14 Okt 2019, Tengku Adnan diarah membela diri selepas mahkamah tidak menerima alasan bahawa RM2 juta yang diterimanya adalah sumbangan politik untuk Umno.

Ketika itu, Zaini berkata, bukti menunjukkan wang itu dimasukkan ke syarikat yang dimiliki dan dikendalikan tertuduh.

Pendakwaan dalam hujah pembukaannya mempertikaikan RM2 juta diberikan kepada Tengku Adnan oleh Chai itu bagi tujuan pilihan raya kecil, dan menambah beliau sebelumnya meminta sejumlah antara RM5 juta hingga RM6 juta daripada ahli perniagaan terbabit.

Dalam pembelaannya, Tengku Adnan berkata beliau tidak meraih sebarang keuntungan peribadi daripada wang RM2 juta berkenaan kerana pemberian Chai itu adalah “sumbangan politik.”

Tambahnya, beliau juga ahli perniagaan berjaya sebelum menyertai Jemaah Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai timbalan menteri pada 2001.

Laporan dari FMT


Demikianlah Artikel Ku Nan Didapati Bersalah Terima Rasuah RM2 Juta

Sekianlah artikel Ku Nan Didapati Bersalah Terima Rasuah RM2 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ku Nan Didapati Bersalah Terima Rasuah RM2 Juta dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/12/ku-nan-didapati-bersalah-terima-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates: