Judul : COVID-19: China Perkenal Ujian Swab Dubur
link : COVID-19: China Perkenal Ujian Swab Dubur
COVID-19: China Perkenal Ujian Swab Dubur
BEIJING – Pemerintah China mendedahkan bahawa ujian calitan dubur adalah lebih berkesan dan tepat dalam mengesan kehadiran koronavirus, lapor akhbar New York Post, kelmarin.
Pakar-pakar perubatan China berkata, kaedah itu adalah cara lebih tepat untuk mengesan Covid-19 berbanding ujian calitan tekak dan hidung.
Kaedah pengesanan menerusi anus digunakan lebih kerap di Beijing selepas ujian calitan tersebut dilakukan kepada seorang budak lelaki berusia 9 tahun yang kemudian disahkan positif varian virus Covid-19 Britain bulan lalu, lapor majalah Newsweek.
Namun begitu, kaedah calitan dubur dipercayai telah digunakan di China sejak tahun lalu, khsusus terhadap individu yang tinggal di zon merah Covid-19 seperti Shanghai.
Ujian calitan hidung dan tekak bagaimanapun tetap menjadi kaedah paling popular kerana ia mudah dan pantas dilakukan, demikian menurut media tempatan.
“Sudah tentu, calitan dubur tidak semudah ujian calitan tekak maka ia hanya digunakan terhadap individu di kawasan kuarantin utama.
“Kaedah ini juga membantu mengurangkan hasil ujian positif palsu,” kata pegawai tempatan, Li Tongzeng.
Ujian tersebut melibatkan pelapik dimasukkan sedalam 3 hingga 5 sentimeter ke dalam rektum untuk mendapatkan sampel.
“Kami mendapati bahawa koronavirus berkumpul lebih banyak dan bertahan lama di saluran pencernaan berbanding saluran pernafasan pesakit,” jelas Tongzeng - K!
Demikianlah Artikel COVID-19: China Perkenal Ujian Swab Dubur
Sekianlah artikel COVID-19: China Perkenal Ujian Swab Dubur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel COVID-19: China Perkenal Ujian Swab Dubur dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/covid-19-china-perkenal-ujian-swab-dubur.html