Judul : Datuk Pukul Anak Tan Sri Pulakdah..
link : Datuk Pukul Anak Tan Sri Pulakdah..
Datuk Pukul Anak Tan Sri Pulakdah..
Pokok jambu air yang dikatakan menyebabkan seorang Datuk memukul jirannya |
KUALA LUMPUR – Disebabkan isu ranting pokok jambu air, seorang Datuk dilaporkan telah memukul jirannya yang merupakan anak kepada seorang Tan Sri.
Oriental Daily melaporkan, mangsa yang dipukul iaitu Veronica Wong merupakan anak kepada veteran MCA, Tan Sri Wong Mook Leong.
Kejadian itu dilaporkan berlaku selepas Veronica yang merupakan seorang peguam meninggalkan notis meminta jirannya, seorang Datuk, untuk mencantas ranting pokok jambu air yang menjalar ke rumahnya.
Tanpa disangka, jiran itu dilaporkan memasuki rumahnya dan memukul mangsa, selain merampas dan menghempas cermin mata dan telefon miliknya.
Veronica berkata, ranting pokok di rumah jiran yang terlalu panjang telah menjalar ke rumahnya sehingga mengundang semut, tikus, kelawar dan tupai.
“Apabila buah yang masak itu jatuh, ia mengundang haiwan dan burung yang bersarang dan seterusnya mengotorkan rumah saya dengan najis binatang.
“Saya telah memberitahu masalah ini kepada jiran, tetapi jiran tidak mengambil apa-apa tindakan,” katanya.
Menurut Veronica yang berumur 50 tahun, dia meninggalkan notis di kereta jiran pada 26 Disember, iaitu sehari sebelum kejadian pukul untuk memintanya mencantas ranting pokok.
Keadaan itu dikatakan menyebabkan rasa tidak puas hati jiran bergelar Datuk yang membuang batu kecil dan mengetuk pintu rumah dengan kuat.
“Apabila saya buka pintu, jiran masuk dan berkata mahu memberi pengajaran (I want to teach you a lesson),” katanya.
Kejadian itu dilaporkan berlaku dalam kawasan perumahan mewah yang mengamalkan konsep tidak berpagar.
Menurut laporan polis, jiran itu telah menampar Veronica dan menarik bajunya selain merampas dan menghempas telefon dan cermin mata miliknya.
Tindakan kasar itu juga menyebabkan mangsa cedera di muka, leher, kepala, dada, bahu, belakang badan dan ibu jari.
Pusat Perubatan Universiti Malaya telah menghasilkan laporan perubatan mengenai kecederaan mangsa pada 22 Januari.
Polis Brickfield mengesahkan laporan kes itu oleh mangsa dan akan mengambil keterangan semua pihak. – MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Datuk Pukul Anak Tan Sri Pulakdah..
Sekianlah artikel Datuk Pukul Anak Tan Sri Pulakdah.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Datuk Pukul Anak Tan Sri Pulakdah.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/datuk-pukul-anak-tan-sri-pulakdah.html