'Grand Coalition' Dibantutkan Oleh Mahathir?

'Grand Coalition' Dibantutkan Oleh Mahathir? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Grand Coalition' Dibantutkan Oleh Mahathir?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Grand Coalition' Dibantutkan Oleh Mahathir?
link : 'Grand Coalition' Dibantutkan Oleh Mahathir?

Baca juga


'Grand Coalition' Dibantutkan Oleh Mahathir?


Ketidakpastian berhubung Dr Mahathir Mohamad mungkin akan menangguhkan perbincangan dalam kalangan pembangkang mengenai penubuhan sebuah gabungan besar untuk mengambil alih kuasa selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata seorang penganalisis.

Sumber dalaman politik berkata, pemimpin parti Pejuang yang diketuai Mahathir, berserta Amanah, DAP, Warisan dan Muda, kini menimbangkan pro dan kontra sebuah gabungan baru.

DAP masih tidak pasti sama ada ia mahu dikaitkan dengan Pejuang yang dipimpin oleh Mahathir atau kekal dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Gabungan DAP dengan Mahathir mungkin meminggirkan ramai pengundi Cina, kata sumber dalaman DAP.


“Mereka yang berusia 60 tahun ke atas mungkin masih memilih DAP, tetapi pengundi berusia 50 tahun ke bawah mungkin tidak menyokong langkah itu,” katanya kepada FMT.

“Sekiranya mereka kekal bersama PKR di bawah Anwar, orang Cina akan memberi sokongan kerana mereka tidak mempunyai masalah dengan parti itu,” katanya.

Beliau berkata, orang muda kecewa dengan tindakan Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri pada 2020, dan ramai yang percaya undi mereka tidak dihormati.

Beliau berkata, bagi Amanah pula, parti itu masih berpecah dengan beberapa pemimpin menyokong Mahathir dan selebihnya menyokong Anwar.

“Sekiranya Amanah membenarkan Pejuang menggunakan logo mereka, parti itu tahu bahawa ia hanya akan berjaya sekiranya parti lain turut menyertai gabungan tersebut.”

Pejuang, yang mempunyai empat Ahli Parlimen dan gagal didaftarkan sebagai parti politik baru-baru ini berkata, pihaknya mungkin akan bertanding dalam pilihan raya akan datang dengan menggunakan logo Amanah.

Timbalan presiden protem Pejuang, Marzuki Yahya mengesahkan perkara itu.

Pemimpin Amanah juga mengesahkan idea itu dikemukakan, tetapi belum ada perbincangan rasmi mengenai perkara tersebut.

Sumber itu berkata, Warisan akan mengikut Mahathir.

“Mereka akan menyokong Mahathir dalam PRU15 dan bagi Muda, mereka menggesanya,” katanya kerana Muda dipimpin oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang dianggap sebagai “anak emas” Mahathir dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Gabungan besar sepatutnya terdiri daripada PKR, Umno, DAP, GPS

Penganalisis politik Awang Azman Pawi berkata, empat parti politik dengan penyokong akar umbi terkuat adalah PKR, Umno, DAP, dan GPS.

“Mereka mempunyai pengalaman dan sokongan akar umbi. Mereka juga tahu bagaimana untuk mengendalikan akar umbi mereka,” tambahnya.

Beliau berkata, sekiranya keempat-empat parti itu membentuk sebuah gabungan besar, mereka dapat menawan Putrajaya dengan mudah, dan parti “lebih kecil atau parti nyamuk” akan terkubur.

Awang Azman juga berkata, selain Mahathir, tiada jaminan Pejuang akan memenangi sebarang kerusi pada PRU akan datang kerana parti itu masih baharu.

Bagi DAP, sebilangan ahlinya yang berterima kasih kepada Mahathir kerana memberikan jawatan Kabinet mungkin akan terus menyokongnya, tetapi parti itu mungkin tidak mendapat sokongan pengundi Cina. v Berhubung penggunaan logo Amanah, beliau berkata, strategi itu mungkin gagal kerana parti itu masih kekurangan ahli akar umbi.



Demikianlah Artikel 'Grand Coalition' Dibantutkan Oleh Mahathir?

Sekianlah artikel 'Grand Coalition' Dibantutkan Oleh Mahathir? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Grand Coalition' Dibantutkan Oleh Mahathir? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/grand-coalition-dibantutkan-oleh.html

Subscribe to receive free email updates: