Harga Minyak Masak Naik Sikit Je..

Harga Minyak Masak Naik Sikit Je.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harga Minyak Masak Naik Sikit Je.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harga Minyak Masak Naik Sikit Je..
link : Harga Minyak Masak Naik Sikit Je..

Baca juga


Harga Minyak Masak Naik Sikit Je..


Sabtu lalu, akhbar melaporkan pengguna resah selepas mendapati minyak masak dalam botol lima kilogram melonjak naik mencecah RM27.90 sebotol berbanding hanya antara RM21.50 hingga RM22.90 sebelum ini.

Harga minyak masak dalam botol dua kilogram yang dijual antara RM9.90 hingga RM11 sebotol turut mengalami peningkatan kepada RM12.50 hingga RM14 manakala minyak masak dalam paket kekal pada harga RM2.50 sepaket sekilogram.

Walaupun harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat dengan ketara dalam tempoh antara Julai 2019 hingga Januari 2021, namun peningkatan harga minyak masak di pasaran tempatan adalah pada kadar rendah.

Hmm.. meningkat pada kadar rendah tu samalah dengan naik sikit saja.. kan?
 

Walaupun harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat dengan ketara dalam tempoh antara Julai 2019 hingga Januari 2021, namun peningkatan harga minyak masak di pasaran tempatan adalah pada kadar rendah.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, peningkatan harga MSM ini juga telah meningkatkan hasil kepada negara,, selain membantu kira-kira 500,000 pekebun kecil sawit meningkatkan taraf sosioekonomi pada ketika ini.

Beliau menambah, kementerian ini berharap agar harga pasaran sawit dunia akan terus kekal tinggi bagi tahun 2021 supaya rakyat dapat menikmati manfaat daripada kenaikan harga tersebut melalui pulangannya oleh kerajaan.

Menurutnya, strategi subsidi yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengurangkan impak negatif akibat turun naik harga minyak sawit di pasaran dunia terhadap pengguna tempatan.

“Pengguna mempunyai pilihan untuk membeli minyak masak bersubsidi 1 kilogram (kg) pada harga RM2.50 terutamanya bagi golongan B40,” katanya dalam kenyataan di sini bagi menjawab rungutan pengguna mengenai kenaikan harga minyak masak di pasaran.

Mohd Khairuddin berkata, data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menunjukkan sekitar 1 juta tan minyak sawit adalah untuk kegunaan pasaran minyak masak tempatan dengan pecahan 0.72 juta tan untuk yang bersubsidi dalam paket plastik 1 kg.

Manakala, selebihnya sebanyak 0.28 juta tan adalah tidak bersubsidi yang boleh didapati dengan botol 1 kg hingga 5 kg dan tin 17 kg.

Dalam masa yang sama, Malaysia mengeksport sebanyak 24 juta tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM64.8 bilion bagi tempoh dari Januari hingga November 2020.

Katanya, sepanjang tahun 2019 hingga 2020, harga purata MSM di pasaran tempatan telah mencatatkan paras terendah pada Julai 2019 iaitu RM1,879.00 satu tan dan meningkat ke paras tertinggi iaitu RM3,620.50 satu tan pada Disember 2020.

Harga MSM telah meningkat sebanyak 92.7 peratus atau RM1,741.50 satu tan berbanding paras terendah yang direkodkan pada tahun 2019.

Harga minyak sawit dan produk berasaskan sawit ditentukan oleh pasaran dunia melibatkan faktor-faktor seperti pemintaan dan penawaran minyak serta lelemak dunia serta pelbagai faktor lain - MG


Demikianlah Artikel Harga Minyak Masak Naik Sikit Je..

Sekianlah artikel Harga Minyak Masak Naik Sikit Je.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harga Minyak Masak Naik Sikit Je.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/harga-minyak-masak-naik-sikit-je.html

Subscribe to receive free email updates: