Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat ke-46

Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat ke-46 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat ke-46, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat ke-46
link : Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat ke-46

Baca juga


Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat ke-46

 

Joe Biden sah menjadi presiden ke-46 negara itu selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung.

Majlis angkat sumpah kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila ia dilakukan dengan keadaan norma baharu susulan penularan pandemik Covid-19.

Pada Pilihan Raya AS November lalu, Biden memperoleh 306 undi elektoral dan lebih 77 juta undi sekaligus menewaskan pencabar Donald Trump yang menerima 232 undi elektoral serta 72 juta undi orang ramai.

Terdahulu, Kamala Harris turut diangkat sebagai wanita berkulit hitam pertama mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden AS di Capitol Hill.

Malay Mail juga melaporkan dalam ucapan sulungnya Joe Biden berkata AS akan memulihkan hubungan dengan sekutunya dan kembali melibatkan diri dengan dunia..

WASHINGTON, 21 Jan — Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dalam ucapan sulungnya pada berkata AS akan memulihkan hubungan dengan sekutunya dan kembali melibatkan diri dengan dunia, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Kami akan pulihkan hubungan dengan sekutu kami dan sekali lagi melibatkan diri dengan dunia bukan untuk mengharungi cabaran semalam tetapi cabaran hari ini dan akan datang.

“Kita akan memimpin bukan hanya sekadar teladan menggunakan kekuatan, tetapi daripada kekuatan teladan yang ditunjukkan,” kata Biden.

Biden turut berikrar untuk menjadi penyokong kuat dan boleh diharapkan untuk keamanan, kemajuan dan keselamatan.

Beliau turut akan menumpukan usaha untuk “menyatukan semula Amerika” dan menyeru rakyat bersama-sama berganding bahu.

“Rakyat Amerika mampu menjadikan negara mereka sekali lagi sebagai peneraju utama dunia,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Biden berkata pentadbirannya akan menangani isu ketuanan kulit putih dan keganasan domestik.

“Sekarang, peningkatan ekstremisme politik, ketuanan kulit putih, keganasan dalam negeri yang harus kita hadapi dan tangani,” ujarnya.

Pada masa sama Biden meminta AS menamatkan sengketa yang berterusan.

“Kita mesti menamatkan perpecahan ini, puak merah melawan biru, liberal menentang konservatif, orang kampung dengan bandar,” katanya.

Biden juga yakin AS mampu memerangi wabak Covid-19.


Laporan penuh sila baca di SINI 



Demikianlah Artikel Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat ke-46

Sekianlah artikel Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat ke-46 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat ke-46 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/joe-biden-sah-presiden-amerika-syarikat.html

Subscribe to receive free email updates: