Judul : Kakitangan Hotel Shangri-la Penang Ditawarkan VSS
link : Kakitangan Hotel Shangri-la Penang Ditawarkan VSS
Kakitangan Hotel Shangri-la Penang Ditawarkan VSS
Shangri-La Hotels (Malaysia) Bhd, yang dimiliki oleh hartawan Tan Sri Robert Kuok, dilaporkan oleh The New Straits Times telah menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) untuk dua harta tanahnya di Pulau Pinang kepada pekerja yang berminat untuk memohon.
Menurut wartawan The New Straits Times yang telah melihat surat dalaman yang dikirimkan kepada kakitangan Golden Sands Resort itu, dimaklumkan bahawa skim yang sama juga telah ditawarkan kepada kakitangan Rasa Sayang Resort yang bersebelahan, keduanya terletak di Batu Ferringhi.
Tidak diketahui berapa banyakkah permohonan yang telah diterima pada tarikh tutup pada 31 Disember 2020 lalu.
"Seperti yang anda ketahui, perniagaan Golden Sands Resort telah dipengaruhi oleh peristiwa yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam sepanjang tahun ini," kata pengurus besar resort Elaine Yue dalam surat yang bertarikh 24 Disember 2020
"Memandangkan kesan pandemik yang berpanjangan, kami telah memilih untuk mengurangkan tenaga kerja dalam masa yang mencabar ini, agar ia dapat membantu mengekalkan daya saing untuk jangka panjang," tambahnya.
Yue, dalam komunikasinya, menegaskan bahawa pihak pengurusan tidak memilih pekerja untuk diberhentikan dan penyertaan dalam skim ini adalah sukarela.
Skim ini katanya, terbuka untuk semua pekerja kecuali pekerja kategori pengurusan yang akan bersara pada tahun 2021.
Laporan asal sila lihat di SINI
Demikianlah Artikel Kakitangan Hotel Shangri-la Penang Ditawarkan VSS
Sekianlah artikel Kakitangan Hotel Shangri-la Penang Ditawarkan VSS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kakitangan Hotel Shangri-la Penang Ditawarkan VSS dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/kakitangan-hotel-shangri-la-penang.html