Larikan Jenazah Bapa Dari Hospital, 4 Ditahan

Larikan Jenazah Bapa Dari Hospital, 4 Ditahan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Larikan Jenazah Bapa Dari Hospital, 4 Ditahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Larikan Jenazah Bapa Dari Hospital, 4 Ditahan
link : Larikan Jenazah Bapa Dari Hospital, 4 Ditahan

Baca juga


Larikan Jenazah Bapa Dari Hospital, 4 Ditahan


Aku ingatkan hanya kat Indonesia saja yang jadi kes waris melarikan jenazah pesakit dari Hospital ni.. rupa-rupanya kat Malaysia pun dah ada juga.. 

Di Indonesia sekurang-kurangnya 33 individu dah ditahan kerana melarikan mayat mangsa Covid-19 dari Hospital kerana mahu mengadakan upacara pengebumian mengikut tuntutan agama mereka. 

Di Malaysia ni tak tahu sebab apa.. Mungkin kerana tidak sabar untuk menunggu keputusan ujian Covid-19 diterima menyebabkan waris enggan meninggalkan jenazah di hospital dan terus menolak jenazah keluar daripada khemah zon PUI untuk dibawa pulang ke rumah.

Laporan berkaitan..

LAHAD DATU: Polis menahan empat beradik kerana melarikan jenazah bapa mereka dari Hospital Lahad Datu semalam.

Mereka yang berusia 26 hingga 31 tahun itu dipercayai berbuat demikian kerana enggan membenarkan pihak hospital menggunakan SOP pengurusan Covid-19 terhadap jenazah bapa mereka.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Rohan Shah Ahmad berkata, sebelum meninggal dunia, bapa empat beradik itu yang berusia 58 tahun dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan dan diletakkan di bawah kategori pesakit dalam siasatan (PUI).

Katanya, rekod kesihatan lelaki itu menunjukkan beliau mempunyai sejarah sakit mental dan diserang angin ahmar.

“Ketika di hospital, pasukan perubatan sempat memberikan pertolongan cemas pernafasan (CPR) selama 30 minit, namun beliau disahkan meninggal dunia.

“Petugas perubatan kemudian memberi penerangan kepada ahli keluarga berhubung SOP pengurusan jenazah ketika krisis Covid-19 dan keperluan menjalani ujian saringan bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, jenazah juga perlu disimpan di bilik mayat Jabatan Forensik sehingga keputusan ujian Covid-19 diterima.

Bagaimanapun katanya, waris enggan meninggalkan jenazah di hospital dan terus menolak jenazah keluar daripada khemah zon PUI untuk dibawa pulang ke rumah.

Rohan berkata, sepasukan polis menyerbu rumah keluarga itu di Kampung Panji, di sini.

“Dalam serbuan itu, polis menahan empat suspek membabitkan seorang wanita dan tiga lelaki.

“Jenazah berkenaan turut ditemui pasukan serbuan di ruang tamu di rumah perkampungan atas air berkenaan.”

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 lapor FMT

.. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi jika bapa mereka itu yang diletakkan di bawah kategori pesakit dalam siasatan (PUI) didapati positif COVID-19?


Demikianlah Artikel Larikan Jenazah Bapa Dari Hospital, 4 Ditahan

Sekianlah artikel Larikan Jenazah Bapa Dari Hospital, 4 Ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Larikan Jenazah Bapa Dari Hospital, 4 Ditahan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/larikan-jenazah-bapa-dari-hospital-4.html

Subscribe to receive free email updates: