Judul : Ahli Politik Ditangkap Proses Dan Jual Sendiri Ganja..
link : Ahli Politik Ditangkap Proses Dan Jual Sendiri Ganja..
Ahli Politik Ditangkap Proses Dan Jual Sendiri Ganja..
Laporan dari Malaysia Gazette cuma menyatakan individu yang ditahan adalah seorang Ahli Perniagaan dan Ahli Politik tetapi laporan dari MalaysiaKini menamakan parti yang diwakili individu berkenaan..
Sumber MalaysiaKini tersebut enggan menamakan individu yang ditahan sejak dari 20 Januari lalu kerana kes masih dalam siasatan pihak Polis.
Bercakap dengan Malaysiakini, dia berkata polis merampas 1.5 kilogram leraian daun kering disyaki ganja, sembilan pokok ganja, dan sejumlah besar cecair disyaki memiliki kandungan dadah jenis itu.
Dia berkata polis bertindak setelah mendapat maklumat awam dan menangkap suspek yang berusia 35 tahun di Fraser Business Park di Kuala Lumpur pada tengah hari Rabu lalu, atas kesalahan memiliki barang terlarang.
KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis.Suspek yang juga seorang ahli politik berusia 35 tahun ditahan polis dalam satu serbuan di Fraser Business Park, Pudu di sini Rabu lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pasukan polis menahan suspek itu sekitar jam 1.45 petang.Hasil pemeriksaan, polis merampas 40 botol mengandungi 400 milimeter (ML) cecair dadah beserta wang tunai RM250 serta sebuah motosikal.“Hasil daripada tangkapan itu, kami membuat satu lagi serbuan di rumah suspek yang terletak di Ampang, Selangor sekitar jam 1 pagi semalam dan berjaya membawa kepada penemuan tujuh pokok ganja serta dua anak pokok ganja,” katanya ketika dihubungi hari ini.Menurut Saiful Azly, pemeriksaan lanjut polis turut berjaya merampas 1,500 gram ganja, cecair ganja (3,000 ML), cecair kimia, ganja, tempat siram pokok ganja serta sebuah kereta BMW disyaki milik suspek berkenaan.Tambah beliau, kesemua rampasan di rumah suspek dianggarkan berjumlah RM60,760 melibatkan pokok ganja bernilai RM4,500, ganja bernilai RM3,000 serta cecair dadah bernilai RM53,100.Hasil soal siasat polis ke atas suspek mengaku terbabit dalam kegiatan itu sejak Oktober tahun lalu.“Polis juga difahamkan suspek telah menghasilkan sendiri dadah berkenaan dengan campuran jenis ganja dan ketamin sebelum menjual di luar pada harga RM300 sebotol,” katanya.Suspek telah direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 27 Januari ini untuk membantu siasatan lanjut polis di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 6B akta sama.- MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Ahli Politik Ditangkap Proses Dan Jual Sendiri Ganja..
Sekianlah artikel Ahli Politik Ditangkap Proses Dan Jual Sendiri Ganja.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ahli Politik Ditangkap Proses Dan Jual Sendiri Ganja.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/ahli-politik-ditangkap-proses-dan-jual.html