Akan Tersingkirkah Zahid Hamidi Akhirnya?

Akan Tersingkirkah Zahid Hamidi Akhirnya? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akan Tersingkirkah Zahid Hamidi Akhirnya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akan Tersingkirkah Zahid Hamidi Akhirnya?
link : Akan Tersingkirkah Zahid Hamidi Akhirnya?

Baca juga


Akan Tersingkirkah Zahid Hamidi Akhirnya?


Dipercayai sebagai satu penentangan terhadap kerjasama ahli Parlimen Bagan Datuk itu dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.. Sebelum ini, pemimpin Pemuda Umno bahagian di Johor dan Negeri Sembilan menggesa Zahid disingkirkan sebagai Presiden Parti.

Kemudiannya.. Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohamed Nizham Abdullah Hamidi pula menggesa parti itu dirombak dan mendesak agar pemilihan dilakukan dengan segera.

Selepas ditekan kepiminan Pemuda bahagian dan negeri, Zahid Hamidi menerima tekanan daripadaKetua Umno Bahagian Paya Besar pula untuk melepaskan jawatan presiden parti Melayu itu.

Sebabnya.. “Tindak-tanduk ahli MKT dan ahli Parlimen yang tidak terarah mendedahkan Umno kepada kehilangan keyakinan orang Melayu yang sangat diperlukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),”

“Arah tuju yang tidak jelas berserta lemah ketegasan tindakan membawa kesan kepada daya juang dan kesungguhan 3.6 juta ahli Umno.”

“Kesan langsung pendakwaan salah laku terhadap pimpinan Umno membawa beban berat kebangkitan semula Umno.

Adakah akan tersingkir Zahid Hamidi ni?..

Mungkin.. kata penganalisis..


Ahmad Zahid Hamidi akan terus diserang dan didesak untuk meletakkan jawatan dan tidak mustahil berjaya disingkirkan sebagai presiden selagi Umno tidak menetapkan hala tuju yang jelas, kata seorang penganalisis.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata, Zahid kini berada dalam keadaan defensif dan tidak mampu menjawab isu-isu yang dibangkitkan dengan baik.

“Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil gerakan menggulingkan beliau akan berjaya kerana Zahid sendiri gagal mematahkan hujah pihak yang menentang beliau secara terbuka sekarang,” kata Hisommudin kepada MalaysiaNow.

Hisommudin berkata, kumpulan penentang Zahid merupakan mereka yang percaya Umno tidak mampu menghadapi pilihan raya jika tidak bersama PAS dan Bersatu.

“Kumpulan ini juga percaya bahawa, Umno perlu mengakui hakikat, era kepimpinan Najib Razak dan Zahid Hamidi tidak mampu untuk memulihkan keyakinan rakyat terbanyak untuk kembali memilih Umno sebagai parti pemerintah.

“Bagi mereka Umno harus akur dengan kekurangan ini. Umno bukan lagi satu kuasa ulung yang menjadi parti terbesar memerintah negara. Semua itu sudah lenyap dilanda badai PRU14 lalu,” katanya.

Di bawah kepimpinan Zahid, Umno seringkali “flip-flop” dengan tindakan yang diambil berbeza dengan kenyataan rasmi dikeluarkan parti.

Terbaru, Umno mengatakan menerima perkenan Agong untuk pengisytiharan darurat Covid-19 tetapi pada masa sama menghantar surat kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mendesak supaya sidang Parlimen diadakan.

Minggu lalu Ketua Pemuda Umno Bahagian Pontian Helmi Buang dan Ketua Pemuda Bahagian Seremban Zool Amali Hussin secara terbuka menggesa Zahid disingkirkan, langkah yang dilihat sebagai penentangan terhadap tindakan presiden parti itu kerana menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kemudian disusuli dengan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi yang menyatakan sokongan terhadap desakan agar perubahan dilakukan terhadap pimpinan tertinggi parti, mengatakan pemilihan perlu dilakukan tahun ini untuk menggantikan kepimpinan sedia ada.

Di bawah kepimpinan Zahid, Umno seringkali “flip-flop” dengan tindakan yang diambil berbeza dengan kenyataan rasmi dikeluarkan parti.

Pengerusi Veteran Umno Othman Desa berkata, ahli-ahli parti Melayu itu kini lebih bijak dalam memerhatikan tingkah laku pemimpin disebabkan kecanggihan teknologi.

“Dulu lain, orang hormat menteri, pemimpin tapi dengan kecanggihan teknologi, ahli lebih pandai menilai, lebih tajam pemikiran. Tak macam dululah,” kata Othman yang juga setiausaha politik kepada Abdullah Badawi ketika menjadi perdana menteri.

Katanya, di dalam Umno, pemimpin datang dan pergi tetapi parti tetap kukuh.

“Ada yang pergi, ada yang datang, daripada Dr Mahathir Mohamad dulu, Anwar, Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam tetapi Umno tetap kukuh,” katanya kepada MalaysiaNow.

Menurut Hisommuddin, kumpulan penentang Zahid yang juga menentang kerjasama Umno dengan Anwar dan DAP bertindak semakin agresif selepas Annuar Musa dipecat sebagai setiausaha agung Barisan Nasional (BN).

“Bermulalah bibit-bibit memperlihatkan pertembungan dalaman Umno muncul di permukaan arena politik awam.

“Dengan ini juga, muncul portal Umno Baru dan tulisan makalah 30 dalil mengapa Zahid perlu letak jawatan memburukkan lagi keadaan ini,” katanya dan menambah Annuar yang juga menteri Wilayah Persekutuan kini dilihat sebagai jurubicara kepada gerakan melawan Zahid.

Beliau berkata, kumpulan diketuai Zahid berusaha keras untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu tetapi tersekat disebabkan PAS.

Ulasan penuh sila baca di SINI


Apapun.. yang jelas disini ialah masih ada ahli-ahli UMNO yang memegang prinsip perjuangan mereka yang jelas menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana Parti yang berkerjasama dengan DAP..

Mereka lebih rela tidak berkuasa dari bekerjasama dengan PH yang didalamnya ada PKR dan DAP..

Tidak seperti AMK (Angkatan Muda KEADILAN tu...) yang membisu seribu bahasa walaupun tahu Kleptokrat dan Penyangak memberikan sokongan dan akan bekerjasama dengan DSAI untuk menobatkan DSAI sebagai PM seterusnya..

Kenapa diam?.. takut hilang jawatan ke?

Atau Kleptokrat dan Penyangak tu dah suci sebab sokong DSAI?.. 

Prinsip mana?.. Prinsip?.. dah masuk tong sampah ke? 



Demikianlah Artikel Akan Tersingkirkah Zahid Hamidi Akhirnya?

Sekianlah artikel Akan Tersingkirkah Zahid Hamidi Akhirnya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Akan Tersingkirkah Zahid Hamidi Akhirnya? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/akan-tersingkirkah-zahid-hamidi-akhirnya.html

Subscribe to receive free email updates: