Selangor bebas campur tangan politik

Selangor bebas campur tangan politik - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selangor bebas campur tangan politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selangor bebas campur tangan politik
link : Selangor bebas campur tangan politik

Baca juga


Selangor bebas campur tangan politik

OLEH LIZAWATI MADFA




KUALA LUMPUR: Penjawat awam Selangor dijamin bebas daripada campur tangan dan desakan orang politik dalam membuat sebarang keputusan membabitkan urusan negeri dan rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pentadbirannya sentiasa memberi ruang kepada pegawai kerajaan menyuarakan pandangan bagi pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Katanya, jika pegawai tidak diberikan ruang bersuara, ia dibimbangi menjadi budaya yang bakal merosakkan demokrasi dalam negara.



“Sebagai contoh, apabila kita siapkan kertas Exco, Pegawai Daerah dapat berikan pandangan dan ulasan cukup professional tanpa menunggu pengaruh eksekutif atau parti politik.

“Kalau ini dapat dipertahankan, saya percaya Selangor akan terus maju pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Sempena Persaraan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Selangor, di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Mohamed Azmin turut mengakui pengalamannya di dalam perkhidmatan awam sebagai paling manis dan bermakna sepanjang usianya.

Katanya, pengalaman dihantar menjalani kursus di United Kingdom pada 1997 turut memberi pengajaran penting kepadanya sebagai penjawat awam.

“Saya dapat rumuskan anggota perkhidmatan awam di sana tegas dalam mempertahankan kedaulatan dan kepentingan rakyat tanpa membiarkan campur tangan dan kuasa politik sekalipun parti pemerintah berubah.

“Suatu masa dahulu, anggota perkhidmatan awam Malaysia juga di antara yang terbaik di rantau ini.
“Saya mahu kegemilangan ini dapat dihidupkan semula sama ada di Selangor mahupun di peringkat persekutuan,” katanya.



Demikianlah Artikel Selangor bebas campur tangan politik

Sekianlah artikel Selangor bebas campur tangan politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selangor bebas campur tangan politik dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/01/selangor-bebas-campur-tangan-politik.html

Subscribe to receive free email updates: