Dr. Dzulkefly Akui Jadi Pembangkang Lebih Mudah, Tak Kena Maki Selalu

Dr. Dzulkefly Akui Jadi Pembangkang Lebih Mudah, Tak Kena Maki Selalu - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr. Dzulkefly Akui Jadi Pembangkang Lebih Mudah, Tak Kena Maki Selalu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr. Dzulkefly Akui Jadi Pembangkang Lebih Mudah, Tak Kena Maki Selalu
link : Dr. Dzulkefly Akui Jadi Pembangkang Lebih Mudah, Tak Kena Maki Selalu

Baca juga


Dr. Dzulkefly Akui Jadi Pembangkang Lebih Mudah, Tak Kena Maki Selalu


Betul apa yang dinyatakan oleh Mantan Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly ni.. jadi Pembangkang lebih mudah dari menjadi Kerajaan, sebab tak jadi sasaran maki hamun rakyat..

Lagipun.. mencari kelemahan atau kepincangan sesuatu perkara adalah jauh lebih mudah dari menjadikannya sebagai realiti..

Tapi Dr. Dzul jangan lupa.. 'Tahan Maki' tu antara kriteria yang perlu untuk seseorang menjadi Wakil Rakyat.. kalau kena kutuk sikitpun dah sentap.. duduk rumah sajalaaa..


.... MENJADI pembangkang lebih mudah kerana tidak menjadi sasaran kemarahan masyarakat.

Pendapat itu disuarakan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad secara jujur ketika membalas ciapan seorang pengguna Twitter dengan akaun @bumilangit yang mahu beliau dilantik semula menjadi Menteri Kesihatan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, bagaimanapun demi rakyat dan negara serta untuk mencari reda Allah dia sanggup harungi semua kesukaran tersebut semula.

Namun Dr. Dzulkefly menegaskan, dia hanya akan kembali menjawat jawatan menteri kesihatan sekiranya Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Persekutuan semula dan sekiranya perdana menteri ke-9 melantik dirinya ke jawatan tersebut.

“Terima kasih @bumilangit. Saya kembali kalau PH jadi Kerajaan. Itu pun kalau Perdana Menteri ke-9 sudi lantik saya Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

“Sejujurnya lebih mudah menjadi pembangkang. Taklah kena ‘maki’ selalu. Namun demi rakyat dan negara buat mencari reda AlLah, akan kami harungi semuanya. Hidup ini singkat, lakukan yang terbaik,” ciap Dr. Dzulkefly.

@bumilangit memberikan pandangan bahawa Dr. Dzulkefly yang merupakan Pengarah Strategi Amanah mempunyai aura sebagai menteri kesihatan. Antaranya polisi tidak merokok yang dilaksanakan ketika beliau menjawat jawatan menteri kesihatan.

“Pendapat saya (walaupun tak ditanya): Mansuh darurat, teruskan PKP. Jadikan Dr. Dzul menteri kesihatan kembali.

“Dia power, orang maki pasal takboleh rokok kat kedai dia buat taktau ja sebab dia tau dia betul. Orang pun tau dia betul,” kata @bumilangit.

Selepas kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan, Dr. Dzulkefly dilantik mengetuai Jawatankuasa Khas Negeri Selangor bagi memantau, mengawasi serta memberikan pendidikan kepada rakyat berkenaan pengawalan serta menangani virus COVID-19. Dia dilantik ke jawatan tersebut pada 10 Mac 2020.

Ketika ini Selangor menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes Covid-19 iaitu keseluruhan 54,384 kes berbanding negeri-negeri lain. Selangor mencatatkan kes harian tertinggi hari ini iaitu sebanyak 1,421 kes.

Kes Covid-19 mula dikesan pada 25 Januari ketika Dr. Dzulkefly masih menjadi Menteri Kesihatan. Pada waktu itu jumlah jangkitan masih lagi rendah dan terkawal.

Gelombang kedua jangkitan Covid-19 melanda negara ketika politik negara bergolak pada penghujung Februari 2020 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan PH ~ MyKmu


Demikianlah Artikel Dr. Dzulkefly Akui Jadi Pembangkang Lebih Mudah, Tak Kena Maki Selalu

Sekianlah artikel Dr. Dzulkefly Akui Jadi Pembangkang Lebih Mudah, Tak Kena Maki Selalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr. Dzulkefly Akui Jadi Pembangkang Lebih Mudah, Tak Kena Maki Selalu dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/dr-dzulkefly-akui-jadi-pembangkang.html

Subscribe to receive free email updates: