Doktor Kontrak: Selepas Empat Tahun Lanjutan Kontrak, Apa Akan Jadi?

Doktor Kontrak: Selepas Empat Tahun Lanjutan Kontrak, Apa Akan Jadi? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Doktor Kontrak: Selepas Empat Tahun Lanjutan Kontrak, Apa Akan Jadi?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Doktor Kontrak: Selepas Empat Tahun Lanjutan Kontrak, Apa Akan Jadi?
link : Doktor Kontrak: Selepas Empat Tahun Lanjutan Kontrak, Apa Akan Jadi?

Baca juga


Doktor Kontrak: Selepas Empat Tahun Lanjutan Kontrak, Apa Akan Jadi?

KUALA LUMPUR: Doktor-doktor lantikan kontrak dikatakan sudah menjangkakan Bajet 2022 yang dibentangkan kelmarin tidak memihak kepada mereka.

Kerajaan hanya tampil dengan penyelesaian bersifat jangka pendek seperti sebelumnya sekali gus menyebabkan status lantikan tetap kira-kira 23,000 doktor kontrak terus tergantung.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr. Syahidul Ammar Said, 30, mendakwa, sumbernya memberitahu, Kementerian Kewangan menolak usul Kementerian Kesihatan kerana lantikan doktor kontrak bukan keutamaan.

Walaupun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berusaha berunding dengan pihak terlibat untuk menyerap sekurang-kurangnya doktor kontrak lantikan 2017 dan 2018 tetapi ia tetap ditolak.

“Mungkin selama ini yang melawan Covid-19 separuh mati adalah orang lain bukannya kami sebab itu kerajaan merasakan kami bukan keutamaan. Apa yang berlaku jika kes jangkitan meningkat sekali lagi?

“Ramai antara kami yang sudah berhenti kerana merasakan tidak diberikan hak secara adil dan saksama. Malah, ramai yang sudah berhijrah menyambung kepakaran ke luar negara,” katanya ketika dihubungi semalam.

Senada dengan beliau, doktor kontrak dikenali sebagai Dr. Shazwan, 29, berkata, dia kecewa kerana sistem lantikan baharu lebih baik yang diumumkan kerajaan sebelum ini akan dilaksanakan namun hakikatnya ia tidak berlaku.

Katanya, tawaran kerajaan hanya berniat ‘melengahkan’ situasi dihadapi mereka yang mendorong kepada masalah lebih besar pada masa depan.

“Persoalannya ialah selepas empat tahun lanjutan kontrak tamat, apa yang akan berlaku?

“Siapa pula antara 3,000 doktor kontrak yang akan me­nyambung pengajian kepakaran nanti selain selebihnya tidak memperoleh peluang yang sama? Perkara ini perlu ada hitam dan putih tentang bagaimana ia akan dilaksanakan nanti,” katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2022 kelmarin, kerajaan bersetuju meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan sejumlah RM100 juta yang bakal memberi manfaat kepada 3,000 pegawai perubatan dan pergigian kontrak.

Kerajaan juga bersetuju me­nyambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh ­khidmat wajib selama dua tahun.

Bagaimanapun, pengumuman itu belum menjawab persoalan dan penantian semua doktor kontrak mengenai pelantikan mereka secara tetap .

Sementara itu, Dr. Sazali, 30, pula berkata, pihaknya belum ada perancangan untuk menjalankan mogok kali kedua di seluruh negara kerana ia bukan penyelesaian terbaik dalam jangka masa panjang.

“Kami sudah meminta usul berbincang lebih lanjut dengan Kementerian Kesihatan dan masih menunggu maklum balas,” katanya. -UTUSAN


Demikianlah Artikel Doktor Kontrak: Selepas Empat Tahun Lanjutan Kontrak, Apa Akan Jadi?

Sekianlah artikel Doktor Kontrak: Selepas Empat Tahun Lanjutan Kontrak, Apa Akan Jadi? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Doktor Kontrak: Selepas Empat Tahun Lanjutan Kontrak, Apa Akan Jadi? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/11/doktor-kontrak-selepas-empat-tahun.html

Subscribe to receive free email updates: