Terima 'Pengkhianat' Sebagai Calon, MP DAP Bidas Anwar Ibrahim

Terima 'Pengkhianat' Sebagai Calon, MP DAP Bidas Anwar Ibrahim - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terima 'Pengkhianat' Sebagai Calon, MP DAP Bidas Anwar Ibrahim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terima 'Pengkhianat' Sebagai Calon, MP DAP Bidas Anwar Ibrahim
link : Terima 'Pengkhianat' Sebagai Calon, MP DAP Bidas Anwar Ibrahim

Baca juga


Terima 'Pengkhianat' Sebagai Calon, MP DAP Bidas Anwar Ibrahim

PETALING JAYA: Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri masih belum menyatakan secara terbuka bahawa mereka mahu menjadi calon bebas bagi mengembalikan mandat rakyat kepada Pakatan Harapan (PH), menurut seorang Ahli Parlimen DAP.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, ulasan daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim bahawa empat bekas ADUN itu tidak boleh disamakan dengan pembelot di sebalik Langkah Sheraton tahun lalu perlu dibincangkan.

Anwar baru-baru ini mempertahankan bekas ADUN terlibat dengan mengatakan mereka tidak sama seperti wakil rakyat yang menggulingkan kerajaan PH menerusi Langkah Sheraton.

Menurut Anwar, mereka yang terlibat dalam Langkah Sheraton telah mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada PH, sebaliknya tindakan bekas empat ADUN berkenaan adalah untuk mengembalikan mandat kepada gabungan pembangkang.

Beliau turut berkata, kepemimpinan pusat PH kini dalam peringkat akhir untuk memutuskan sama ada akan menerima tiga daripada empat individu itu iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron, Noor Effandi Ahmad dan Nor Azman Hassan dalam gabungan berkenaan.

PH sebelum ini menutup pintu kepada bekas ADUN keempat, Norhizam Hassan Baktee dari DAP, yang juga telah menarik balik sokongan terhadap pentadbiran kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional sebelum ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ramkarpal berkata: “Perlu diingatkan bahawa keempat-empat mereka tidak menyatakan secara terbuka tujuan mereka menjadi bebas adalah kerana mahu mengembalikan mandat rakyat kepada PH.

“Malah, dua daripada mereka dari Umno dan tidak pernah menjadi sebahagian dari PH. Oleh itu, isu mereka mengembalikan mandat kepada PH dengan menjadi calon bebas tidak timbul.”

Ramkarpal menyifatkan sebagai salah untuk mengatakan dua lagi bekas ADUN dari Umno berkenaan tidak terlibat dalam langkah Sheraton, kerana jika benar pasti mereka kekal dalam PH selepas kejatuhan kerajaan.

Katanya, walaupun mereka berempat menyatakan mahu menjadi bebas untuk mengembalikan mandat rakyat kepada PH, ia sesuatu yang disifatkannya sebagai ‘afterthought’ (telah difikirkan kemudian).

“Tiada tanda-tanda daripada mereka secara terbuka sebelum ini mengenai perkara itu.”

Ramkarpal juga berpandangan PH tidak boleh menerima empat bekas ADUN dan pada masa sama memperjuangkan pelaksanaan undang-undang antilompat parti seperti yang dinyatakan dalam memorandum persefahaman dengan kerajaan.

“Ini tidak masuk akal,” katanya.

“Silap besar jika PH menerima mereka, kerana mampu mengakibatkan kemarahan pengundi dalam pilihan raya negeri Melaka dan pilihan raya umum ke-15 kelak. Ini perlu dielakkan.” ~ FMT


Demikianlah Artikel Terima 'Pengkhianat' Sebagai Calon, MP DAP Bidas Anwar Ibrahim

Sekianlah artikel Terima 'Pengkhianat' Sebagai Calon, MP DAP Bidas Anwar Ibrahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terima 'Pengkhianat' Sebagai Calon, MP DAP Bidas Anwar Ibrahim dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/11/terima-pengkhianat-sebagai-calon-mp-dap.html

Subscribe to receive free email updates: