Amanah Yang Nak Sangat Kerjasama Dengan 'Katak' Di Melaka Tu?

Amanah Yang Nak Sangat Kerjasama Dengan 'Katak' Di Melaka Tu? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah Yang Nak Sangat Kerjasama Dengan 'Katak' Di Melaka Tu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah Yang Nak Sangat Kerjasama Dengan 'Katak' Di Melaka Tu?
link : Amanah Yang Nak Sangat Kerjasama Dengan 'Katak' Di Melaka Tu?

Baca juga


Amanah Yang Nak Sangat Kerjasama Dengan 'Katak' Di Melaka Tu?

 


BEKAS naib presiden PKR Rafizi Ramli membidas Amanah kerana mahu bekerjasama dengan “katak politik” dari Melaka yang menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Pandan itu memetik nama Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Pengerusi Amanah Melaka Adly Zahari kerana cuba membawa masuk pengkhianat atas dasar ia akan memperkukuhkan Pakatan Harapan di negeri itu.

Bagaimanapun katanya kini PKR yang perlu menjelaskan dan berdepan kritikan pengundi kerana mahu bekerjasama dengan ahli politik ini.

“Sudah sampai masanya presiden Amanah dan pengerusi Amanah Melaka pula cuba meyakinkan pendokong PH di luar ini kot belah mana kemasukan katak-katak politik akan memberi lonjakan yang boleh memenangkan PH di Melaka,” katanya dalam posting di Facebook.

Pada 5 Oktober lalu, empat ahli dewan undangan negeri (Adun) menarik sokongan mereka kepada kerajaan negeri yang diterajui Sulaiman Md Ali, menyebabkan pembubaran DUN dan memberi laluan kepada pilihan raya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 8 November sebagai hari penamaan calon manakala hari mengundi pada 20 November.

Empat Adun berkenaan adalah Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Setakat ini PH memutuskan untuk tidak menawarkan kerusi kepasa Norhizam selepas DAP menolak beliau untuk kembali menyertai gabungan itu.

Norhizam memenangi kerusi berkenaan pada polihan raya umum lalu menerusi tiket DAP namun kemudian bertindak menyertai Perikatan Nasional. Ini menyaksikan kejatuhan kerajaan PH di negeri itu.

PH masih belum memutuskan status baki tiga wakil rakyat yang telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai parti di bawah pakatan itu.

Kerajaan negeri tumbang sekali lagi bulan lepas selepas empat wakil rakyat itu menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional/Perikatan Nasional.

Rafizi berkata hujah yang digunakan untuk membawa masuk pembelot ini adalah sama yang digunakan untuk membawa Bersatu ke dalam PH pada 2016.

Katanya, ketika itu beliau dan ahli parti lain yang mewakili PKR dalam majlis presiden menegaskan Bersatu hanya diterima sebagai sekutu pilihan raya dan bukannya ahli PH.

“Yang berkeras mahukan Bersatu sebagai anggota PH adalah pimpinan Amanah dan DAP, dengan alasan PKR tidak kuat dan berpecah.

“Perangai Azmin dijadikan alasan PH perlukan pimpinan baru dari Bersatu kerana kononnya kami tidak kuat untuk mendisiplinkan Azmin yang mahu bersama-sama PAS.

“Demi mengekalkan PH, kami terpaksa bersetuju dengan syarat ada perjanjian ketat. Namun perjanjian ke laut, strategi lonjakan yang dibawa Bersatu juga ke laut sebab Bersatu melonjak katak

“Sekarang alasan yang sama digunakan pimpinan Amanah, konon Idris Harun dan lain-lain akan bawa lonjakan di Melaka,” katanya. Rafizi berkata sudah tiba masanya parti-parti lain dalam PH, khususnya Amanah, secara terbuka mempertahankan cadangan mereka untuk menerima katak-katak politik ini kerana adalah tidak adil untuk PKR dihentam kerananya.

“Di luar mereka senyap kerana sudah jadi amalan yang akan kena hentam PKR yang selalu kena jawab di luar.

“Ini hujah kuat berdegar-degar dalam mesyuarat PH tapi tidak cukup berdegar-degar di luar.

“Kalau saya, kena sekali cukuplah. Sampai mati saya takkan lupa pengajaran itu sebab kalau kena dua tiga kali atas kesilapan sama, namanya ”kurang cerdik”.


Demikianlah Artikel Amanah Yang Nak Sangat Kerjasama Dengan 'Katak' Di Melaka Tu?

Sekianlah artikel Amanah Yang Nak Sangat Kerjasama Dengan 'Katak' Di Melaka Tu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah Yang Nak Sangat Kerjasama Dengan 'Katak' Di Melaka Tu? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/11/amanah-yang-nak-sangat-kerjasama-dengan.html

Subscribe to receive free email updates: