Desakan Supaya Zahid Letak Jawatan Kini Merebak Di Perak..

Desakan Supaya Zahid Letak Jawatan Kini Merebak Di Perak.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Desakan Supaya Zahid Letak Jawatan Kini Merebak Di Perak.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Desakan Supaya Zahid Letak Jawatan Kini Merebak Di Perak..
link : Desakan Supaya Zahid Letak Jawatan Kini Merebak Di Perak..

Baca juga


Desakan Supaya Zahid Letak Jawatan Kini Merebak Di Perak..


IPOH: Kain rentang mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Presiden UMNO ‘merebak’ ke negeri ini iaitu di Kuala Kangsar dan Tanjung Malim.

Di Kuala Kangsar, dua kain rentang berkenaan ditemukan semalam iaitu di tengah-tengah bandar dan di Padang Rengas.

Satu lagi kain rentang mengandungi tulisan sama ditemukan tergantung di papan tanda pintu masuk ke Felda Besout, Slim River dekat Tanjung Malim.

UMNO Bahagian Kuala Kangsar dan Bahagian Tanjung Malim menafikan memasang kain rentang berkenaan dan membuat laporan polis semalam serta hari ini.

Sebelum ini, kain rentang yang sama ditemukan di sekitar Shah Alam, Selangor.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Maslin Sham Razman berkata, laporan polis dibuat supaya pihak berkuasa menyiasat pihak yang bertanggungjawab memasang kain rentang berkenaan.

Menurutnya, di lokasi kain rentang yang dipasang di tengah-tengah bandar Kuala Kangsar terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).

“Kami minta polis siasat rakaman CCTV berkenaan kerana mereka mempunyai akses untuk mengenal pasti pihak yang memasang kain rentang berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Maslin Sham percaya kain rentang di Kuala Kangsar dan di Tanjung Malim serta lain-lain tempat yang temukan sebelum ini dilakukan oleh orang yang sama.

“Ini berdasarkan tali terdapat pada poster yang ditemukan di Kuala Kangsar dan di Tanjung Malim adalah tali sama,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd. Zaidi Aziz turut menafikan kain rentang yang ditemukan di Felda Besout dilakukan oleh ahli UMNO di bahagiannya.

“Ia adalah satu fitnah yang berlaku dan ia dilihat berleluasa dalam masyarakat hari ini. Ini jelas propaganda pihak tertentu,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Berdasarkan maklumat di dalam Facebook itu, laporan polis dibuat oleh Setiausaha UMNO Bahagian Tanjung Malim, Sulong Jamil Mohamed Shariff di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di Slim River, semalam. – UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel Desakan Supaya Zahid Letak Jawatan Kini Merebak Di Perak..

Sekianlah artikel Desakan Supaya Zahid Letak Jawatan Kini Merebak Di Perak.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Desakan Supaya Zahid Letak Jawatan Kini Merebak Di Perak.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/desakan-supaya-zahid-letak-jawatan-kini.html

Subscribe to receive free email updates: