Judul : Zahid Dicabar Buat SD Tidak Kerjasama Dengan Anwar, DAP..
link : Zahid Dicabar Buat SD Tidak Kerjasama Dengan Anwar, DAP..
Zahid Dicabar Buat SD Tidak Kerjasama Dengan Anwar, DAP..
Akar umbi terus menyuarakan bantahan terhadap tindakan unilateral presiden Umno menyokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, kali ini menggesanya untuk membuat satu akuan berkanun (SD) dan berikrar untuk tidak bekerjasama dengan presiden PKR itu dan DAP.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz berkata, sebagai presiden Zahid seharusnya tidak membelakangkan keputusan yang sudah diputuskan majlis kerja tertinggi (MKT) parti.
“Apa yang saya minta mudah sahaja. Buat SD, presiden kena nyatakan tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP serta menghentikan usaha melaksanakan jajaran politik baru melibatkan kerjasama dengan Anwar, PKR dan DAP,” kata Faisal.
“Pembuatan sebarang keputusan tidak boleh membelakangkan parti, misalnya membuat keputusan menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan sidang Parlimen dan darurat tidak wajar dibuat dengan membelakangkan mesyuarat MKT.”
Umno sebelum ini dalam satu kenyataan mengatakan menghormati keputusan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengisytiharkan darurat Covid-19 selepas jangkitan harian meningkat mendadak hingga melepasi angka 4,000.
Bagaimanapun beberapa hari selepas itu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan meminta ahli-ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan meminta Agong mengadakan sidang Parlimen dengan memetik Artikel 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Faisal berkata, beliau mempersoalkan perkara ini kepada kepimpinan tertinggi Umno akan tetapi tiada jawapan diberikan.
“Apa yang dimaklumkan kepada saya, ia tidak melalui mesyuarat MKT, biro pengurusan atau biro politik,” katanya.
Faisal turut menyokong gesaan Timbalan Ketua Umno Bahagian Setiawangsa Irwan Rizal Ali Napiah yang sebelum ini menggesa jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat surat dihantar Zahid dan pendahulunya Najib Razak ke Istana Negara bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyddin Yassin digulingkan.
“Apabila timbul dakwaan presiden sendiri terlibat menandatangani surat menyokong Anwar, akar umbi berhak mengetahui perkara sebenar.
“Salah satu caranya adalah dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat perkara ini lebih-lebih lagi jika ada pihak yang mengakui kewujudan sokongan ini,” katanya dan menambah jika surat itu palsu, Zahid seharusnya membuat laporan polis.
Laporan penuh sila lihat di SINI
Demikianlah Artikel Zahid Dicabar Buat SD Tidak Kerjasama Dengan Anwar, DAP..
Sekianlah artikel Zahid Dicabar Buat SD Tidak Kerjasama Dengan Anwar, DAP.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zahid Dicabar Buat SD Tidak Kerjasama Dengan Anwar, DAP.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/zahid-dicabar-buat-sd-tidak-kerjasama.html